Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Download demo Stranger of Paradise: Final Fantasy Origin sekarang di PS dan Xbox

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 10, 2022
in Action, Artikel, Berita, Demo, PS4, PS5, RPG, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Download demo Stranger of Paradise: Final Fantasy Origin sekarang di PS dan Xbox
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi sesiapa yang berminat, korang boleh download demo ketiga untuk Stranger of Paradise: Final Fantasy Origin hari ini bagi pemilik PS5, PS4, Xbox Series X|S, dan Xbox One.

Menurut Square Enix, tujuan demo adalah untuk memberi peluang kepada pemain membiasakan diri dengan sistem pertempuran yang bersifat aksi fast-paced, ‘job system’ yang boleh diubahsuai secara mendalam dan dunia misteri berdasarkan game pertama dalam siri Final Fantasy.

Save data daripada demo terkini juga boleh dibawa ke game penuh, supaya pemain dapat meneruskan perjalanan mereka dengan lancar semasa hari pelancaran.

Selain itu, demo kali ini membolehkan pemain meneroka Pravoka Seagrot dan Western Keep, dan mengalami playstyle baru semasa bertarung dengan penambahan pelbagai ‘job’ baru yang tidak tersedia sebelum ini. Pada masa yang sama, sejumlah musuh baru juga akan hadir untuk memberi cabaran tambahan.

Seterusnya, kita boleh mencuba fungsi multiplayer, yang membenarkan sehingga tiga rakan untuk bermain dan melawan raksasa bersama sebagai satu parti secara online.

Supaya tiada yang salah faham, demo ini hanya tersedia untuk pemilik konsol sahaja, dan bukan untuk PC. Tetapi jangan sedih kerana Stranger of Paradise akan dilancarkan untuk PC secara eksklusif di Epic Games Store. Bersama pengumuman ini, halaman Twitter rasmi Stranger of Paradise mendedahkan spesifikasi minimum dan disyorkan untuk PC.

Berikut adalah maklumat lengkap:

Spesifikasi PC Minimum:

  • OS – Windows 10 (64-bit)
  • CPU – Intel Core i5-6700 / AMD Ryzen 5 1400
  • GPU – Nvidia GeForce GTX 1060 (6GB) / AMD Radeon RX 470
  • RAM – 8GB
  • Storage – 80GB
  • DirectX version – DirectX 9.0c

Spesifikasi PC yang Disyorkan:

  • OS – Windows 10 (64-bit)
  • CPU – Intel Core i5-8700 / AMD Ryzen 5 1600
  • GPU – Nvidia GeForce GTX 1660 Super / AMD Radeon RX 5700 XT
  • RAM – 16GB
  • Storage – 80GB
  • DirectX version – DirectX 9.0c
https://twitter.com/fforigin/status/1501256684722962432

Stranger of Paradise: Final Fantasy Origin akan dikeluarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Epic Games Store pada 18 Mac manakala versi demo boleh korang download hari ini.

Sumber: Square Enix

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Previous Post

Jojo’s Bizarre Adventure: All Star Battle R akan dilancarkan ke platform utama tahun ini!

Next Post

EXOPRIMAL – Game aksi terbaru penuh dengan Dinosaur oleh CAPCOM!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
EXOPRIMAL – Game aksi terbaru penuh dengan Dinosaur oleh CAPCOM!

EXOPRIMAL - Game aksi terbaru penuh dengan Dinosaur oleh CAPCOM!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd