Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dota 2 kini menyokong controller – Panduan mudah untuk pakai & peranti apa yang serasi!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 16, 2021
in Artikel, Berita, Genre, MOBA, Panduan, PC, Platform, Steam, Teknologi
0 0
0
Dota 2 kini menyokong controller – Panduan mudah untuk pakai & peranti apa yang serasi!
Share on FacebookShare on Twitter

MOBA di PC lazimnya dimainkan memakai mouse dan keyboard, kecuali untuk beberapa game seperti Smite. Walau bagaimanapun, sebagai sebahagian daripada update “Aghanim’s Labyrinth: Continuum Conundrum, Valve telah memperkenalkan sokongan controller untuk Dota 2 bermula hari ini.

Valve mengatakan bahawa apa-apa sahaja yang disokong oleh Steam Input sepatutnya berfungsi dengan lancar, termasuk gamepad daripada Xbox, PlayStation, serta Nintendo Switch Pro dan Steam controller. Jika anda ingin mencuba fitur ini, jangan risau kerana “Hero” bersama Ability mereka sudah diuji , tetapi pengalamannya pasti amat berbeza.

Beginilah cara untuk aktifkan sokongan Controller dalam Dota 2:

  • Right-click Dota 2 dalam perpustakaan Steam dan pergi ke ‘Properties’
  • Pilih tab ‘Controller’
  • Pilih ‘Enable Steam Input’ daripada menu yang keluar
  • Lancarkan Dota 2
  • Buka menu ‘Advanced Options’ dalam tetapan Dota 2
  • Left-click ‘Enable experimental controller support’

Valve juga menerangkan cara controller akan berfungsi dalam bahagian FAQ dan nampaknya ia agak mudah untuk dipelajari.

  • Left Stick: Menggerakkan hero.
  • Right Stick: Menggerakkan kamera. Dengan menekan right stick, kamera akan kembali fokus pada hero kita.
  • Face button (X, Y, A, B): Aktifkan item atau abiliti.
  • D-pad: Memilih pelbagai shortcut dalam UI untuk meningkatkan level abiliti, memberi Quick Buy item, dan membuka Shop.
  • R1: Memilih Ability Page 2.
  • R2: Menunjukkan Item Page 1.
  • R1 + R2: Menunjukkan Item Page 2.
  • L1: Sasarkan sekutu.
  • L2: Sasarkan musuh.

Perlu diingat bahawa Valve secara khusus menerangkan bahawa fitur ini masih “experimental” dan tidak yakin ia akan berjalan lancar untuk semua orang. Nasib baiklah, anda boleh menukar ke mouse dan keyboard dengan cepat pada bila-bila masa semasa dalam perlawanan.

Kemungkinan besar, Valve telah melaksanakan sokongan controller untuk Dota 2 demi ketibaan Steam Deck syarikat yang akan datang, tetapi adakah ia benar-benar selesa memandangkan Dota 2 sangat rumit dari segi teknikal dan jauh berbeza daripada game MOBA di peranti smartphone seperti Mobile Legends, Wild Rift, dan lain-lain. Apa pendapat anda? Jom kongsi pendapat di ruang komen!

Muat turun di sini
Dota 2
Developer: Valve
Release Date: 2013-07-09
Microsoft Windows
Dota 2 adalah permainan multiplayer online battle arena yang dikembangkan dan diterbitkan oleh Valve. Permainan ini adalah sekuel kepada Defence of the Ancients, yang merupakan mod buatan masyarakat untuk Warcraft III: Reign of Chaos dan expansion pack, The Frozen Throne, daripada Blizzard Entertainment.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ControllerDota 2Panduansteam
Previous Post

GTA Online: The Contract sudah tersedia untuk dimainkan! Muzik Dr. Dre pon ada!

Next Post

7 fakta yang anda mungkin tidak tahu tentang Saitama dari One-Punch Man!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
7 fakta yang anda mungkin tidak tahu tentang Saitama dari One-Punch Man!

7 fakta yang anda mungkin tidak tahu tentang Saitama dari One-Punch Man!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd