Perkara ini menjadi tumpuan besar berikutan pendedahan poster baru. Stand by Me Doraemon 2 akan dikeluarkan untuk negara-negara tertentu, jadi poster telah dihasilkan untuk meraikan filem ini. Selepas beberapa peminat menyaksikan poster tersebut buat pertama kali, mereka baru sedar bahawa akhirnya, Nobita dan Shizuka akan berkahwin!
Seperti yang anda boleh lihat di bawah, memang ramai peminat Malaysia yang gembira dengar berita ini. Peminat Jepun sudah menonton peristiwa besar ini pada bulan November 2020, tetapi seluruh dunia masih belum menyaksikan perkahwinan Nobita dan Shizuka. Bagi yang nak tonton, jangan risau kerana Odex akan menayangkan filem ini untuk peminat-peminat Malaysia. Berikut adalah teaser rasmi daripada mereka:

Komik Doraemon terjemahan Bahasa Malaysia rasmi diterbitkan oleh syarikat Tora Aman tetapi terpaksa berhenti operasi pada akhir April 2017. Anime Doraemon juga disiarkan dengan alih suara Malaysia yang menampilkan Ruhaiyah Ibrahim sebagai pelakon suara watak Doraemon yang bersuara garau dan lantang.
Di Malaysia, siri Doraemon mula-mula disiarkan menerusi di TV1 Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada jam 7:00 malam setiap hari Ahad dan menghentikan siaran Doraemon pada 29 Disember 2002. Ia berpindah ke NTV7 pada 5 Januari 2003 (hari Sabtu jam 7:30 malam). Siri anime telah lama disiarkan di Malaysia di rangkaian RTM sejak tahun 1988.
Berikut adalah beberapa reaksi daripada peminat Malaysia termasuk Neelofa:
https://twitter.com/IBCIG/status/1351481093082386434
https://twitter.com/FarahHaniHusna1/status/1351523356135198721
Tak sangka dah jauh kan francais Doraemon. Kongsi pendapat anda di ruang komen sekarang. Untuk segala liputan kami tentang Doraemon, sila tekan pautan ini.
Discussion about this post