BANDAI NAMCO Entertainment Asia dengan sukacitanya mengumumkan bahawa DORAEMON STORY OF SEASONS bakal tiba di Asia Tenggara (Singapura, Malaysia, Thailand, Filipina dan Indonesia) pada 11 Oktober 2019 untuk Nintendo Switch dan PC melalui STEAM. Versi Bahasa Inggeris ini akan terdiri daripada lakonan suara bahasa Jepun dengan UI bahasa Inggeris serta subtitle.
Bonus Eksklusif Hari Pertama di SEA
Bagi pemain yang membeli versi pakej DORAEMON STORY OF SEASONS di Nintendo Switch pada hari pelancaran di mana-mana kedai game, mereka juga akan menerima ‘DORAEMON STORY OF SEASONS Seed Set‘ eksklusif yang mengandungi biji benih Cherry Tomato dan Basil sebenar. Nikmati tanaman yang semakin berkembang di taman rumah sendiri – di luar permainan!
Kehidupan sebuah Petani
Di samping jalan cerita utama, sub-story yang terdapat dalam game ialah lima kali lebih banyak daripada jalan cerita utama. Selaibn daripada unsur-unsur menyeronokkan seperti menanam, membesarkan ladang, dan menjaga haiwan seperti kuda dan lembu, terdapat juga pelbagai aktiviti lain seperti eksplorasi, memburu serangga, memancing dan macam-macam lagi. Tidak seperti judul-judul dahulu, game ini tidak mempunyai unsur cinta dan perkahwinan, tetapi pemain dapat menikmati pelbagai event lain dengan merapatkan silaturahim dengan penduduk lain di pekan. Sudah tentu, alat ajaib Doraemon akan berada di sisi untuk membantu pemain sepanjang perjalanan juga!
DORAEMON STORY OF SEASONS boleh didapati pada 11 Oktober 2019 untuk Nintendo Switch dan PC melalui STEAM untuk Asia Tenggara (Singapura, Malaysia, Thailand, Filipina dan Indonesia).

@gamersantaimy
Discussion about this post