BANDAI NAMCO Entertainment Asia dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Doraemon: Story of Seasons telah dilancarkan di Asia Tenggara (Singapura, Malaysia, Thailand, Filipina dan Indonesia) hari ini untuk Nintendo Switch dan PC melalui STEAM. Versi Bahasa Inggeris akan terdiri daripada lakonan suara Jepun dengan User-Interface bahasa Inggeris dan sari kata.
Noby meneruskan pengembaraan baru di dalam siri ‘Story of Seasons‘ yang popular. Menikmati sebuah pengalaman unik di mana pemain menanam tumbuh-tumbuhan, meningkatkan ladang mereka, menjaga haiwan seperti kuda dan lembu, dan juga pelbagai aktiviti lain seperti eksplorasi, memburu serangga, memancing dan banyak lagi.
Pemain boleh menikmati pelbagai acara dengan merapatkan silaturahim dengan penduduk lain di kampung. Sudah tentu, alat rahsia Doraemon akan berada di sana untuk membantu pemain di sepanjang jalan juga!
Permainan video ini adalah hasil daripada usaha bersama Bandai Namco Entertainment Inc., Marvelous (Production) dan Brownies (Development). Doraemon: Story of Seasons kini boleh didapati di Nintendo Switch dan PC melalui STEAM untuk Asia Tenggara (Singapura, Malaysia, Thailand, Filipina dan Indonesia).

@gamersantaimy
Discussion about this post