DLC Dying Light 2: Stay Human “Bloody Ties” telah pun mengumumkan tarikh pelancarannya iaitu pada 13 Oktober ini. Pada mulanya DLC ini dirancang untuk hadir pada bulan September tetapi Techland telah membuat keputusan untuk menangguhnya.
The Carnage Hall, lokasi hebat yang menjemput semua pejuang ganas untuk pembukaan besar-besar pada 13 Oktober ini! Sebelum masuk ke arena baru ini, Techland menjemput pemain Dying Light 2: Stay Human untuk melawat The City dan muat turun kemas kini komuniti yang dilepaskan hari ini di PC dan akan hadir ke konsol nanti. Kemas kini yang terbaru ini dihasilkan berdasarkan maklum balas yang diberi oleh komuniti, sesuatu yang mereka sangat ingini. Antaranya perubahan spawn rate, distance tracker dan banyak penambahbaikan teknikal.

Dalam DLC terbaru ini, pemain akan mulakan penceritaan terbaru. Mula mengganas, mengejar kekayaan dan kemegahan hebat di The Carnage Hall. Bangunan opera lama ini telah diubah suai dan dipenuhi cabaran dan quest. Bukan setakat itu, pelbagai senjata terbaru yang mengejutkan, interaksi antara watak dan beberapa perkara baru untuk dibongkar. Pemain yang telah pra-tempah DLC Bloody Ties ini akan mendapat Aristocrat Pack yang mempunyai senjata dan pakaian eksklusif.

Kalau anda masih belum bermain Dying Light 2: Stay Human, ianya tersedia di PS5, PS4, Xbox Series X|S, Xbox One, Switch dan PC melalui Steam dan Epic Games Store. Anda boleh juga membaca review kami kalau was-was untuk membelinya. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game ini daripada kami, sila klik pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post