Dalam siaran State of Play hari ini, Capcom secara rasmi mengumumkan DLC cerita tambahan yang telah lama ditunggu-tunggu, Separate Ways untuk Resident Evil 4 remake – yang bakal tersedia pada 21 September 2023. Bukan itu sahaja, mereka turut mengumumkan update percuma untuk The Mercenaries dan Mode VR bagi game ini yang bakal dikeluarkan pada tarikh kemudian.
Sempena itu, anda boleh menonton trailer di bawah untuk gambaran umum:
DLC Separate Ways

Separate Ways menceritakan kisah Ada Wong dan perjalanan semasa peristiwa Resident Evil 4, serta memberi jawapan kepada soalan yang tidak terjawab daripada cerita utama. Kisah penuh akan didedahkan ketika anda melihat kedua-dua belah peristiwa dari sudut pandangan Ada dan Leon.
Sinopsis
Sebelum Leon S. Kennedy menjejakkan kaki ke kampung terkutuk itu, Ada berada di sana. Misinya? Memperoleh semula rahsia paling gelap oleh ahli kultus itu—Amber. Kini Ada mesti berhadapan dengan ancaman yang tidak diketahui yang memakannya dari dalam, seorang rakan sejenayah dengan masa lalu yang kelam dan motif tersembunyi, dan peluang bertemu semula dengan lelaki yang paling tidak dijangka—Leon S. Kennedy.
Mengapa dia menerima misi ini? Dan apakah jalan yang akan dia buat untuk dirinya sendiri dalam penyiasatan Leon terhadap penculikan anak perempuan presiden?

Selain variasi senjata dari game asal dan mekanik “knife parry” daripada kempen Leon dalam RE4, Ada juga akan menggunakan “grappling gun”. Ini boleh digunakan untuk pergi ke pelbagai lokasi, serta mengalahkan musuh dari jauh dan melancarkan serangan jarak dekat.
The Mercenaries

Bersama keluaran Separate Ways, watak baharu yang boleh dimainkan Ada Wong dan Albert Wesker akan menyertai DLC percuma, The Mercenaries! Update ini tersedia kepada sesiapa sahaja yang memiliki Resident Evil 4, jadi pastikan anda memuat turun DLC percuma untuk The Mercenaries.
Resident Evil 4 VR Mode untuk PS VR2

Resident Evil 4 VR Mode membolehkan anda mengalami keseluruhan jalan cerita permainan pada PlayStation VR2. Sila ambil perhatian bahawa Separate Ways dan The Mercenaries tidak serasi dengan Mode VR.
Capcom memberi tumpuan untuk menyesuaikan kesemua ciri-ciri kepada VR untuk pengalaman VR yang intuitif. Sebagai contoh; cara senjata dipegang dan reload, kepada input yang mudah difahami dan maklum balas haptik dari controller Sense, pemain akan dapat merasakan setiap ciri unik pistol, submachine gun, rifle, pisau dan banyak lagi. Alami keasyikan dalam game seolah-olah anda ialah Leon sebenar dalam misi menyelamat dan bertahan hidup.


RE4 juga memperkenalkan aksi pisau yang ditambah baik. Pengalaman itu mempertingkatkannya untuk VR di mana anda dapat mengayunkan pisau ke bawah pada masa yang sesuai untuk menangkis, menyelinap ke arah musuh yang tidak kelihatan dan menyerang dari belakang dan banyak lagi. Anda juga kini boleh bertarung dengan pisau di kedua-dua tangan.
Sebagai peringatan, DLC tambahan Separate Ways, serta update percuma untuk The Mercenaries untuk Resident Evil 4 akan tersedia pada 21 September 2023, manakala DLC percuma untuk PlayStation VR2, Resident Evil 4 VR Mode, akan datang pada musim sejuk ini.
Baca segala liputan kami tentang Resident Evil 4 di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post