Bandai Namco Entertainment Asia mengumumkan yang mereka telah membawa masuk Mobile Suit Gundam: The Witch from Mercury Pack yang menampilkan Gundam Aerial buat kali pertama di dalam SD Gundam Battle Alliance.
Bersama dengan pack tersebut, mereka juga akan memberikan sedikit pengembangan dalam game yang membantu seperti Capital Tickets dan Unit Uncapping Materials.
Selain itu, mereka sedang meraikan kemunculan unit asal SD Gundam Battle Alliance iaitu GM (Gatheroad) kerana ia telah memasuki dalam game Gundam yang lain. Bersempena dengan perkara tersebut, mereka akan memerikan pek yang mengandungi muzik daripada Mobile Suit Gundam battle Operation 2 dan Mobile Suit Gundam U.C.Engage.

Sebagai peringatan, SD Gundam Battle Alliance Demo juga masih tersedia dan kepada sesiapa yang berminat, anda boleh bermain secara percuma di PlayStation dan Xbox. Malang sekali, versi demo tidak disediakan di Nintendo Switch dan PC.

Dalam demo SD Gundam Battle Alliance, anda boleh bermain sehingga tamatnya “Directory 1 Mission: Tekkadan.” Data yang disimpan semasa bermain demo akan di bawa ke dalam game penuh. Jadi, anda tidak perlu risau tentang progress yang telah dibuat. Tapi apa salahnya kalau bermula dari awal semula kan.
Seperti biasa, versi demo game ini tidak menyediakan segala ciri-ciri yang berada dalam SD Gundam Battle Alliance versi penuh. Jadi, anda tidak akan dapat mencuba semua ciri-ciri. Tetapi mereka menyediakan mode Multiplayer di mana pemain PS4 boleh bermain bersama PS5 dan begitu juga kepada pemain Xbox. Malangnya, mode Multiplayer yang disediakan tidak menyokong “cross-platform.”
Buat peminat Mobile Suit Gundam: The Witch of the Mercury, saya yakin anda mesti ingin mendapatkan Gundam Aerial ini. SD Gundam Battle Alliance kini tersedia di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S, Nintendo Switch dan PC melalui Steam.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post