Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

DLC ke-3 Dragon Ball Z: Kakarot akan keluar 11 Jun, beserta trailer baru!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 3, 2021
in Anime, ARPG, Artikel, Berita, DLC, DLC berbayar, PC, PS4, Xbox One
0 0
0
DLC ke-3 Dragon Ball Z: Kakarot akan keluar 11 Jun, beserta trailer baru!
Share on FacebookShare on Twitter

Sudah lebih dari setahun sejak pelancaran Dragon Ball Z: Kakarot pada Januari 2020, tetapi peminat yang setia menunggu akhirnya akan mendapat kandungan baru! DLC ke-3 dan terakhir untuk Dragon Ball Z: Kakarot bernama Trunks – The Warrior of Hope akan keluar pada 11 Jun. Di samping pendedahan tarikh pelepasan DLC, sebuah trailer baru juga menunjukkan pertempuran sengit antara Future Gohan dan musuhnya, Android 17 dan 18.

Seperti yang ditunjukkan oleh video di atas, peminat dapat menonton gameplay Future Gohan yang berdurasi 3 minit lebih. Jika anda memberi perhatian, nampaknya Future Gohan juga diberi gaya pertempuran yang berbeza berbanding dengan versi “standard”. Untuk pemain yang terlalu kerap bermain Gohan, anda mungkin perlu membiasakan diri dengan gerakan barunya.

Gaya pertempuran Android 17 dan 18 juga nampak unik dalam gameplay di atas. Untuk majoriti pertarungan, Gohan akan bertarung dengan Android 17 yang lebih suka menggunakan serangan jarak dekat untuk mengalihkan perhatian Gohan. Pada masa yang sama, Android 18 akan berdiri di belakang sambil menembak ki blast untuk mengganggu pemain atau membekukan Gohan dengan serangan bebola ki. Disebabkan ketiga-tiga pahlawan ini berada di level 40, pertarungan tersebut nampak agak sengit, tetapi saya masih tidak tahu jika ini level tetap untuk jalan cerita atau jika level akan meningkat berdasarkan kemajuan pemain.

Bandai Namco telah mengesahkan bahawa ini adalah DLC terakhir, jadi pemain janganlah berharap untuk DLC baru selepas ini. Kemungkinan besar, kita akan mendapat sekuel Dragon Ball Z: Kakarot dalam seawal tahun depan atau tahun 2023. Sehingga lebih banyak berita didedahkan tentang sekuel ini, kita boleh santai dahulu dan nikmati DLC baru.

DLC ke-3 dan terakhir Dragon Ball Z: Kakarot boleh didapati pada 11 Jun di PC, PS4, dan Xbox One. Untuk segala liputan kami tentang Dragon Ball, sila tekan pautan ini.

Sumber – Bandai Namco

PC
PS4
Dragon Ball Z: Kakarot
Publisher: Bandai Namco Entertainment
Developer: CyberConnect2
Release Date TBC
Microsoft Windows, PlayStation 4, Xbox One
Dragon Ball Z: Kakarot adalah game action RPG Dragon Ball yang bermula dari awal permulaan manga/ anime hingga ke kesimpulan epiknya. Dalam pengembaraan Saiyan Super ini, anda akan bertemu dengan pelbagai watak terkenal dan menavigasi di dunia ikonik Dragon Ball Z.  
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Android 17Android 18DLCDragon Ball Z: KakarotFuture GohanGameplayTrunks: The Warrior of Hope
Previous Post

Riot Games rasmi bakal melancarkan Valorant Mobile!

Next Post

Kedai Konsep MSI di BB Park Bukit Bintang akan berpindah ke lokasi baru!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Kedai Konsep MSI di BB Park Bukit Bintang akan berpindah ke lokasi baru!

Kedai Konsep MSI di BB Park Bukit Bintang akan berpindah ke lokasi baru!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd