Penerbit Square Enix dan pembangun Avalanche Studios telah mengumumkan kandungan muat rutun untuk Just Cause 4, yang dinamakan Danger Rising akan dilancarkan pada 29 Ogos ini sebagai pek yang ketiga dan terakhir dalam siri add-on pack yang sudahpun mengandungi judul “Dare Devils, Demons dan Danger Expansion Pass”.
Pengguna yang membeli Gold Edition Just Cause 4 akan mendapat akses kepada kandungan ini 7 hari lebih awal iaitu pada 22 Ogos.
Berikut adalah perincian berkenaan Danger Rising daripada Square Enix:
Dengan prototaip Hoverboard yang baru, Rico berikrar untuk menumpaskan Agency setelah mempelajari bahawa mereka ingin membunuhnya. Tom Sheldon menyertai Rico dalam misi ini dan mereka telah memulakan dengan menyiasat kapal selam yang besar yang telah muncul secara misteri di perairan Solis. Keadaan akan berubah apabila pemburu bakal menjadi mangsa.
Just Cause 4 akan berubah dengan kehadiran “Danger Rising” dan juga Hoverboard terbaru. Alami sendiri evolusi Just Cause 4 yang memang sedia-ada sudahpun sebuah game yang hebat.
Danger Rising akan menambahkan 8 misi baru, Hoverboard terbaru dan berbagai senjata dan kenderaan baru ke dalam dunia sandbox Just Cause 4. Antara senjata baru adalah Sequoia 370 Mag-Slug, Stormalong Em Zero dan Yellowstone Auto Sniper Rifle.
Danger Rising adalah pek yang ke-3 daripada Dare Devils, Demons and Danger Expansion Pass. Pek ini juga telah mengubah game ini, kerana dengan sistem traversal yang sudahpun mantap, ianya ditambahkan pula dengan Hoverboard.
Just Cause 4 kini sudahpun berada dipasaran untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.
Sumber: Gematsu
@gamersantaimy
Discussion about this post