Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

DJ Salvatore Ganacci Beraksi dalam FATAL FURY: City of the Wolves sebagai Playable Fighter!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 4, 2025
in Artikel, Berita, DLC, Epic Store, Fighting, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
DJ Salvatore Ganacci Beraksi dalam FATAL FURY: City of the Wolves sebagai Playable Fighter!
Share on FacebookShare on Twitter

SNK telah mendedahkan bahawa DJ Bosnia-Sweden, Salvatore Ganacci, akan melangkah ke gelanggang sebagai playable character dalam FATAL FURY: City of the Wolves.

Salvatore Ganacci, yang terkenal dengan persembahan eksentriknya di festival seperti Tomorrowland dan lagu hit seperti “Horse,” bukan sahaja menyumbang kepada runut bunyi permainan—dia turut melibatkan diri sebagai fighter.

Dalam cerita permainan, Ganacci digambarkan sebagai artis yang menegakkan keadilan, tiba di South Town untuk mencari inspirasi bagi video muzik anime seterusnya.

Apabila rakan baiknya, Duck King, memberi tahu tentang kejohanan King of Fighters (KOF) akan datang, Salvatore melihatnya sebagai inspirasi untuk visinya.

Kredit: SNK

Set gerakan Salvatore Ganacci dalam FATAL FURY: City of the Wolves mencerminkan personalitinya. Berbekalkan teknik mencolok mata seperti “Magical Step,” “Spinning Ganacci,” dan “Salvatore Stomp,” dia menggabungkan kehebatan irama dengan kemahiran pertarungan.

Disuarakan oleh Sean Chiplock (terkenal dengan peranan seperti Rean Schwarzer dalam siri Trails) dalam bahasa Inggeris, watak ini membawa aura “santai” namun masih kuat ke dalam roster watak.

Peminat yang tidak sabar untuk menguji kemahiran Ganacci boleh menempah awal FATAL FURY: City of the Wolves sekarang, untuk edisi khas yang termasuk Season Pass 1.

Pas ini akan menambah lima watak DLC selepas pelancaran, termasuk Ken dan Chun-Li dari Street Fighter, bersama ikon Fatal Fury seperti Andy Bogard dan Joe Higashi.

Kredit: SNK

Game ini akan dilancarkan pada 24 April 2025 di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam serta Epic Games Store. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Fatal Fury: City of the WolvesSalvatore Ganacci
ShareTweetSend
Previous Post

Sid Meier’s Civilization VII – VR Akan Datang Meta Quest 3 dan 3S pada 10 April!

Next Post

Honor of Kings Umum Kempen Hijau Pemuliharaan Hutan, Boleh Dapatkan Skin Percuma!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Setiap Pengumuman Besar di Netflix TUDUM 2025!
Movie/siri

Setiap Pengumuman Besar di Netflix TUDUM 2025!

June 1, 2025
Stranger Things 5 Umum Tarikh Keluaran, Akan Tayang Hujung Tahun
Movie/siri

Stranger Things 5 Umum Tarikh Keluaran, Akan Tayang Hujung Tahun

June 1, 2025
Debut Live Action Tony Tony Chopper Dalam ONE PIECE Season 2, Akan Datang 2026!
Movie/siri

Debut Live Action Tony Tony Chopper Dalam ONE PIECE Season 2, Akan Datang 2026!

June 1, 2025
Next Post
Honor of Kings Umum Kempen Hijau Pemuliharaan Hutan, Boleh Dapatkan Skin Percuma!

Honor of Kings Umum Kempen Hijau Pemuliharaan Hutan, Boleh Dapatkan Skin Percuma!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd