Pada minggu lepas, kami ada melaporkan tentang pengharaman PUBG di India. Kini, ternyata ban tersebut sebenarnya agak serius. Satu bandar di Gujarat, India iaitu Rajkot telah mengenakan ban sementara untuk PUBG, iaitu game menembak kompetitif yang digemari ramai. Mereka juga telah memberikan amaran jika terjumpa sesiapa yang bermain game tersebut, mereka akan menangkap dengan serta merta. Hal ini betul-betul terjadi apabila menurut kenyataan Pesuruhjaya Polis tempatan, Manoj Agrawal, mereka telah menangkap sekurang-kurangnya 10 orang di sekitar bandar yang bermain game tersebut.
In Gujarat, 10 collegians arrested for playing PUBG in public https://t.co/792jbgMTFu via @TOICitiesNews pic.twitter.com/NFX6usdG66
— The Times Of India (@timesofindia) March 14, 2019
Mengikut Times of India, Polis Rajkot membuat tangkapan tersebut disebabkan game popular PUBG ini boleh menyebabkan ketagihan dan juga sedikit sebanyak berbahaya kepada remaja dan kanak-kanak. Setakat manakah “berbahaya” itu, tidak dijelaskan dengan lebih lanjut. Ban ini akan berlangsung dari 9 Mac sehinggalah 30 April. Orang awam juga boleh membuat laporan sekiranya mereka ternampak sesiapa yang bermain game ini ke pihak polis. Tertuduh boleh dikenakan dakwaan di bawah Seksyen 188, kod undang-undang India. Namun, Manoj Agrawal berkata penangkapan tersebut tidaklah serius pun, sebab yang didakwa boleh dibebaskan selepas beberapa perbincangan.
#Rajkot Police bans popular #PubG game & #MomoChallenge.
Acc. to @GujaratPolice, it is leading to violent behaviour among youths and impacting their development. Anyone can file a complaint in the nearest police station againt people playing the game
Via @chiragpatel0055 pic.twitter.com/T4tieJY1LF— Kumar Manish (@kumarmanish9) March 7, 2019
Bukan itu sahaja, polis Gujarat juga telah ban Momo Challenge disebabkan ia boleh memberikan pengaruh ganas terhadap orang muda dan mereka punya perkembangan. Dalam petikan di Twitter Kumar Manish tersebut, surat itu menerangkan apa itu PUBG dan sejarahnya dan kemudiannya mengatakan game itu meningkatkan fikiran aggresif dan menyebabkan depression dalam kalangan kanak-kanak serta remaja. Ia juga memberi nasihat tentang “penyakit” seperti Myopia (rabun jauh) dan mata yang berair disebabkan mata terlalu lama melihat skrin telefon.

Gujarat adalah satu-satunya negeri di India yang kenakan ban untuk game tersebut. Salah seorang polis dari gerakan operasi khas, Rohit Raval memberitahu The Indian Express yang PUBG ini sangatlah ketagih di mana ketika kami mendekati mereka yang bermain, mereka tidak sedar pun tentang kehadiran kami. Walaupun inisiatif yang diambil oleh pihak polis Gujarat ini adalah satu usaha yang bagus, tapi bukankah lebih baik mereka fokus untuk menangkap penjenayah yang sebenar daripada kanak-kanak dan remaja yang hanya meluangkan masa untuk bermain game kegemaran mereka? Tiada masalah untuk orang muda bermain game, tapi janganlah sampai abaikan kesihatan ye!
Sumber: The Indian Times
@gamersantaimy
Discussion about this post