Marvel Cinematic Universe (MCU) telah merevolusikan budaya pop dengan membawa konsep alam sinematik yang saling berkaitan ke layar perak. Namun, permainan video Marvel kebanyakannya masih beroperasi secara berasingan—sedangkan itu bukanlah rancangan asal. Pada satu ketika, Disney pernah mempertimbangkan untuk mencipta Marvel Video Game Universe (MGU) berkaitan, yang menghubungkan pelbagai game Marvel seperti konsep MCU.

Pendedahan ini dibuat oleh penulis Marvel Rivals, Alex Irvine, dalam satu episod podcast The Fourth Curtain. Menurutnya, MGU “sepatutnya wujud dalam cara yang sama” seperti MCU, dengan jalan cerita yang saling berkait dan kesinambungan antara beberapa game Marvel.
Rancangan MGU yang Dibatalkan
Hos podcast, Alex Seropian, seorang game developer berpengalaman dan pencipta bersama Halo, merupakan individu utama yang berusaha menjayakan idea MGU. Selepas menubuhkan Wideload Games—yang kemudian diambil alih oleh Disney—Seropian bekerja di Disney dari 2009 hingga 2012, ketika konsep MGU sedang giat dibincangkan.

“Itu sangat mengecewakan kerana kami mempunyai begitu banyak idea hebat tentang bagaimana untuk merealisasikannya,” kata Irvine. “Akan ada satu tempat di mana semua game bersambung, dan pemain boleh bergerak antara satu game ke game lain. Kami boleh kaitkan dengan komik, masukkan elemen baharu, malah mencipta kandungan original. Tetapi seperti yang Alex katakan, ia akhirnya tidak mendapat pembiayaan.”

Menurut Irvine, Disney menghadapi kesukaran untuk menentukan bagaimana Marvel Game Universe boleh berbeza daripada komik dan filem sambil mengekalkan kesinambungan dalam pelbagai game. Cabaran ini mungkin terlalu kompleks untuk Disney tangani pada waktu itu, menyebabkan projek ini akhirnya dibatalkan.
Anda boleh mendengar tentang kisah ini dengan lebih mendalam melalui podcast di bawah:
@gamersantaimy
Discussion about this post