Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Disgaea 6: Defiance of Destiny kini dilancarkan secara global untuk platform Nintendo Switch!

Amir Haziq by Amir Haziq
June 30, 2021
in ARPG, Artikel, Berita, Fighting, Genre, Nintendo Switch, Platform, Real time strategy
0 0
0
Disgaea 6: Defiance of Destiny kini dilancarkan secara global untuk platform Nintendo Switch!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, NIS America dan Nippon Ichi Software telah mengumumkan bahawa mereka telah melancarkan Disgaea 6: Defiance of Destiny pada 29 Jun 2021 secara global. Game ini merupakan tambahan terbaru untuk siri strategi RPG Disgaea yang menjanjikan cerita seram tetapi mampu menyentuh hati bersama pertempuran taktikal yang gila. Pemain juga bakal diperkenalkan dengan elemen baru yang tidak pernah dilihat dalam siri Disgaea sebelum ini.

Nintendo turut melancarkan trailer pelancaran untuk Disgaea 6: Defiance of Destiny yang menampilkan game ini dimainkan dalam visual 3D. Pemain kini boleh menjadi lebih kuat selepas dibunuh oleh musuh kerana ia mempunyai kebolehan Super Reincarnation. Pembangun Nippon Ichi Software turut memberikan pengalaman menarik untuk para pemain dengan menggabungkan beberapa elemen baru dalam gameplay bersama strategi kombat yang lama dalam game ini.

Disgaea 6: Defiance of Destiny mengisahkan tentang watak zombie yang sombong bernama Zed dan sering melepak di kawasan paling bawah Netherworld. Apabila God of Destruction mula mengancam kehidupan Zed dan adiknya, dia perlu memanfaatkan kemampuannya untuk menentang musuh. Di game ini, anda akan menjadi Zed dan membawanya memimpin zombie dari Netherworld untuk menewaskan God of Destruction.

Sebelum ini, Disgaea 6 telah pun dilancarkan di Jepun untuk PlayStation 4 dan Nintendo Switch pada bulan Januari yang lalu. Kini, Nippon Ichi Software telah pun melancarkan game tactical RPG ini secara global dan hanya akan tersedia untuk Nintendo Switch sahaja!

Peminat siri Disgaea kini boleh mula mendapatkan Disgaea 6: Defiance of Destiny di Nintendo e-Shop berharga USD59.99 (anggaran RM249.22). Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai game ini, anda boleh layari laman rasmi mereka.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Disgaea 6: Defiance of Destinynintendo switchNippon Ichi SoftwareNIS America
Previous Post

Kingston secara rasmi melancarkan ketersediaan DC1500M Data Center U.2 NVMe SSD

Next Post

Game Mobile Co-Op Fantasi RPG Mitrasphere secara rasmi dilancarkan di seluruh dunia!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Next Post
Game Mobile Co-Op Fantasi RPG Mitrasphere secara rasmi dilancarkan di seluruh dunia!

Game Mobile Co-Op Fantasi RPG Mitrasphere secara rasmi dilancarkan di seluruh dunia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd