Anak syarikat mainan dan hobi Bandai Namco Holding, Bandai Spirits mengumumkan bahawa mereka telah memutuskan untuk membina kilang baharu untuk BANDAI HOBBY CENTER bagi memenuhi peningkatan permintaan untuk kit model plastik Gundam (Gunpla) di dalam dan di luar Jepun.
Operasi untuk bina kilang baharu itu dijadualkan bermula pada tahun 2024. Matlamat pembinaan kilang baharu untuk mengembangkan perniagaan dan mempromosikan secara proaktif ke seluruh dunia. Ini termasuk pembangunan kandungan visual, produk dan servis untuk siri Gundam.
Bandai juga mendedahkan syarikat itu telah memperoleh kira-kira 4506 tsubo(unit ukuran Jepun) bersamaan dengan 14, 895m2 tanah untuk kilang baharu ini. Pada Disember 2020, BANDAI HOBBY CENTER, telah mengembangkan bangunan baharunya kerana peningkatan populariti Gunpla di dalam dan luar negara Jepun.

Sebagai peminat Gundam, saya tidak menafikan bahawa permintaan Gunpla kini sedang meningkat dan respons daripada Bandai adalah sangat positif bagi saya. Mungkin dengan penambahan grade dan scale baharu, ramai orang bermula berjinak-jinak dengan Gunpla ini. Kini, terdapat banyak grade dan scale Gunpla yang korang boleh dapatkan. Mari saya ceritakan serba sedikit tentang grade dan scale Gunpla:
- Super Deformed (SD)

Dibuat untuk kelihatan seperti robot kecil. Model ini mempunyai bahagian yang paling sedikit dan bersaiz paling kecil. Grade ini berukuran 8cm.
- Super Deformed EX Standard (SDEX)

Dilancarkan pada tahun 2015, barisan ini ialah jenis model SD yang membenarkan korang pose serta penampilan yang realistik. Aksesorinya cukup besar sehingga boleh digunakan untuk model High Grade.
- Super Deformed Cross Silhouette (SD Cross Silhouette)

Dikeluarkan pada 2018, barisan model SD ini menampilkan teknologi Inner Frame yang serupa dengan Real Grade. Kit ini mempunyai dua Inner Frame yang berukuran 8.5cm dan 9.5 cm. Korang boleh gunakan salah satu Inner Frame untuk memasang Gunpla.
- High Grade (HG)

Bandai mula mengeluarkan grade ini pada 1990 sebagai model paling kompleks dan rumit. Apabila mereka mendapati terdapat permintaan untuk ketepatan yang lebih besar, mereka mula mengeluarkan gred model yang lebih kompleks. Buat masa sekarang, High Grade tidak dianggap rumit dan menjadikan Gunpla pemula yang hebat. Grade ini berskala 1/144 yang berukuran 5inch (12.7cm).
- RE/100

Diumumkan pada 2014, gred Reborn 100 Gundam juga mempunyai skala dan nama. Biasanya ditulis sebagai RE/100 untuk ringkasnya, gred ini mempunyai tahap kerumitan seperti High Grade kecuali skalanya yang lebih besar. Ia mempunyai skala 1/100 yang berukuran 7.5inch (19.05cm).
- Real Grade (RG)

Grade ini dilancarkan pada 2010 dan mempunyai Inner Frame yang menjadikannya ia lebih sukar dipasang sama seperti model Master Grade. Ia berskala 1/144 yang berukuran 5inch (12.7cm).
- Master Grade (MG)

Dikeluarkan pada tahun 1995, model ini adalah rumit dan tidak terlalu mahal. Dengan menggunakan skala 1/100 yang berukuran 7.5inch (19.05cm), grade ini mempunyai banyak kelebihan dalam pose dan lebih terperinci. Korang tidak perlukan kemahiran yang tinggi Model yang terkini lebih mudah dipasang untuk menampilkan model Master Grade dengan masa yang singkat dan tidak memerlukan kemahiran tinggi.
- Perfect Grade (PG)

Grade ini menampilkan perincian yang sangat tepat dengan anime dan manga tetapi harga yang ditawarkan adalah sangat mahal. Ini adalah model yang terbesar dan terperinci dengan menggunakan skala 1/60 yang berukuran 12inch (30.48cm)

Kit Gunpla telah bermula sejak tahun 1980 dan banyak sejumlah lebih daripada 5 bilion kit telah dihantar setakat April 2019. Bandai Hobby Center Bandai telah disiapkan pada 2006, dan ia menghasilkan serta menghantar 6.6 juta unit pada tahun pertamanya. Permintaan meningkat secara beransur-ansur, dan jentera kilang turut berkembang.
Bagi saya, ini adalah langkah dan respons yang positif daripada Bandai Spirits untuk membina kilang baharu yang akan menghasilkan lebih banyak Gunpla. Untuk lebih banyak berita tentang Gundam, sila klik pautan ini.
Sumber: Animehunch
@gamersantaimy
Discussion about this post