Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Disangka Mati, Heihachi Mishima Kembali Dalam Tekken 8 Sebagai Watak DLC!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 22, 2024
in Artikel, Berita, Fighting, PC, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Disangka Mati, Heihachi Mishima Kembali Dalam Tekken 8 Sebagai Watak DLC!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Bandai Namco telah mengeluarkan trailer baharu untuk Tekken 8 semasa Evo 2024, yang mendedahkan watak terbaharu kepada roster. Amat mengejutkan sekali, Heihachi Mishima bakal kembali sebagai playable character dalam Tekken 8, dan dikeluarkan sebagai watak DLC pada hujung tahun 2024!

Berikut adalah trailer-nya:

Bagi mereka yang tidak mengikuti Tekken, mungkin ada yang tertanya-tanya apakah impak yang akan dibawa oleh Heihachi Mishima ke Tekken 8.

Pertama sekali, dia adalah salah satu watak terpenting dalam sejarah francais, dan merupakan antagonis utama dalam beberapa entri. Namun, pada penghujung cerita Tekken 7, Kazuya Mishima (anak kepada Heihachi), akhirnya dapat mengatasi bapanya, lalu membuang Heihachi ke dalam sungai penuh magma. Pada saat ini, ramai menganggap Heihachi sudah mati.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Seperti mana-mana watak dalam fighting game, malangnya watak jahat tidak akan mati selama-lamanya – jadi tidak menghairankan Bandai Namco ingin membawa Heihachi semula ke dalam Tekken 8. Selain itu, Bandai Namco turut akan menambah bab cerita baharu untuk “The Dark Awakens”.

Tetapi lebih menarik lagi, saya sebenarnya berminat untuk tahu bagaimana Heihachi akan berinteraksi bersama watak lain seperti Reina dalam Story Mode. Sepanjang Story Mode, hubungan Reina dan Heihachi banyak kali diusik, dan akhirnya kita mendapat tahu gadis itu adalah anak perempuan kepada Heihachi. Agaknya apa yang akan terjadi apabila kita melihat mereka bersama nanti?

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Bagi mereka yang berminat, Tekken 8 kini tersedia untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: heihachi mishimaTekken 8
ShareTweetSend
Previous Post

Evo 2025 Umum Acara Di Seluruh Dunia, Diikuti Evo Singapore Pada 2026

Next Post

Guilty Gear: Strive Tambah Empat Watak DLC Baharu Termasuk Lucy – Cyberpunk: Edgerunners!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Guilty Gear: Strive Tambah Empat Watak DLC Baharu Termasuk Lucy – Cyberpunk: Edgerunners!

Guilty Gear: Strive Tambah Empat Watak DLC Baharu Termasuk Lucy - Cyberpunk: Edgerunners!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd