Baru-baru ini, seorang lelaki ditangkap di Qingmao Port, Makau kerana cuba menyeludup sejumlah banyak CPU (central processing unit) ke China. Walaupun ini bukan percubaan menyeludup pertama bagi barang PC, ini masih adalah percubaan yang sangat berani, kerana penyeludup itu telah ditahan dengan sebanyak 306 CPU diikat pada badannya.

Menurut People’s Daily di China, mereka melaporkan bahawa lelaki itu ditahan ketika cuba menyeberang dari Macau ke negara China pada 29 Jun. Pegawai kastam yang sedang bertugas pada ketika itu percaya bahawa lelaki itu “berjalan dalam postur yang tidak normal”. Risau akan keselamatan semua orang, lelaki itu kemudian ditahan dan terpaksa menjalani pemeriksaan.
Hasilnya, pegawai kastam menemui sebanyak 306 CPU di badan penyeludup itu – setiap satu dibalut dengan plastik dan pita pelekat di bahagian pinggang, kaki dan belakang. Jenama CPU tidak didedahkan, tetapi kastam Qingmao memuat naik beberapa gambar yang anda boleh lihat di atas.

Jadi mengapa mereka buat semua ini?
Majoriti sebab mengapa ramai orang tertarik dengan penyeludupan teknologi adalah disebabkan perbezaan cukai. Sebagai contoh kes di atas, “nilai cukai barangan dan perkhidmatan” di tanah besar China untuk barangan pengguna biasanya berjumlah 13%, manakala Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong dan Macau mendapat manfaat daripada “0% nilai cukai barangan dan perkhidmatan”.
Buat masa ini, itulah penjelasan terbaik yang boleh diberi.

Baca segala berita kami tentang game, anime dan teknologi di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post