PUBG Mobile Premier League (PMPL MYSG) musim ketiga telah berlangsung pada hujung minggu lalu, dan Dingoz MPX telah menjadi juara keseluruhan dalam liga tersebut. Namun, dalam keseronokkan meraikan kemenangan mereka, terdapat laporan dimana Dingoz melakukan penipuan bersama pasukan lain semasa hari terakhir perlawanan Super Weekend 3.
Spekulasi ini mula tersebar apabila ramai penonton melihat Dingoz MPX seperti bekerjasama dengan pasukan JPNSea, dan menukar kawasan dropzone mereka untuk menyingkirkan Team Secret. Lagi jelas unsur teaming ini berlaku kerana Dingoz seperti menggunakan JPNSea sebagai target kepada Secret, salah satu pasukan terkuat dalam liga.
Tuduhan ini dikuatkan selepas tersebar di laman sosial, gambar Dingoz dan JPNSea dilihat bersama menyambut kemenangan mereka. Walau bagaimanapun, gambar tersebut telah dipadamkan oleh mereka, tapi berjaya di screenshot pasukan Secret.

“Kan seronok ada kawan, kenapa perlu delete post tentang kawan? Don’t be so scared! Media sosial kan laman untuk kongsi persahabatan” kata Team Secret dalam posting Facebook terbaru mereka bersama screenshot gambar yang telah dipadamkan.
Komuniti PUBG Mobile sedang berbincang mengenai tindakan berat yang akan diambil kepada pasukan Dingoz dan JPNSea, seperti melarang pasukan tersebut dari menyertai kejohanan akan datang kerana kesalahan melakukan ‘Match-Fixing,’ iaitu kesalahan besar di bawah peraturan kejohanan.
“Diatur di bawah peraturan bahawa organisasi yang menawarkan, menyetujui, atau bersekongkol untuk memperbaiki pertandingan atau mengubah atau berupaya mengubah atau dengan sengaja dan tidak adil, hasil permainan kejohanan apa pun akan mendapat saksi di bawah budi bicara atau belas kasihan pihak penganjur kejohanan.” Menurut peraturan yang telah ditetapkan pihak kejohanan.
Masalah ini telah menyebabkan komuniti PUBG Mobile merasakan pasukan Dingoz MPX tidak layak untuk dinobatkan sebagai juara. Malah, terdapat banyak komen daripada peminat mengatakan Dominos, selaku penaja Dingoz akan membatalkan kerjasama mereka kerana telah terlibat dengan skandal penipuan.
Buat masa ini, pasukan Dingoz MPX telah membuat kenyataan rasmi mengenai isu ini. Namun, terjadi kejadian salah faham antara streamer J-Hunter dan Draxx dari pasukan Yoodo. Salah faham ini terjadi semasa live streaming membincangkan isu skandal yang berlaku di PMPL, tetapi bertukar apabila Kuza menuduh Draxx melakukan perkara yang memalukan Malaysia. Tapi perselisihan faham ini telah diselesaikan dengan baik antara mereka bagi menghormati bulan mulia ini.

Sebagai peminat e-Sukan Malaysia, kita berharap isu seperti ini tidak akan lagi terjadi, bagi menjaga nama baik komuniti e-Sukan negara dan menjadi pengajaran buat pasukan lain di masa akan datang.
@gamersantaimy
Discussion about this post