Baru-baru ini, kami mendapat peluang untuk mencuba sesi hands-on untuk game terbaru Capcom, Kunitsu-Gami: Path of the Goddess. Unik dan lain daripada lain, ia adalah game aksi bersama elemen tower defense dan tarian kagura, berlatarkan mitologi Jepun kuno.
Game bermula apabila Gunung Kafuku dikotori oleh kejahatan dan 12 topeng malah kuasa istimewa mereka juga telah dicuri. Protagonis, Soh mesti bekerjasama dengan Yoshiro, gadis dengan kuasa untuk membersihkan kampung daripada kekotoran ini.
Di sini, kami mendapat peluang interviu bersama Shuichi Kawata selaku Pengarah Game, dan Yoshiaki Hirabayashi selaku Produser, untuk bertanya lebih lanjut tentang proses pembangunan dan keunikan game ini.

Kunitsu-Gami: Path of the Goddess adalah cubaan yang unik pada genre tower defense, terutamanya dengan estetika yang bergaya. Bagaimana idea mula-mula muncul; untuk menggabungkan aksi, strategi dan elemen mitologi Jepun kuno dalam game ini?

Shuichi Kawata: Saya secara peribadi menikmati cerita rakyat Jepun lama dan kisah misteri, dan idea itu datang kepada saya daripada membayangkan senario di mana utusan dari dunia lain muncul setiap malam di pergunungan Jepun, dan tugasnya adalah untuk melindungi para dewa semasa berurusan dengan utusan ini.
Saya juga menyukai game tower defense dan strategi, mendapati ia sangat menarik. Saya rasa konsep ini sesuai untuk game tower defense. Tambahan pula, saya percaya bahawa menambahkan aksi pengguna ke dalam proses membuat keputusan memperkenalkan elemen strategik baharu.”
Bagaimanakah cerita dan pandangan dunia untuk game ini dicipta?

Shuichi Kawata: Kisah itu sendiri diilhamkan oleh pelbagai sumber, termasuk mitologi dan cerita rakyat. Ia bukan semata-mata dibina berdasarkan mitologi; Saya juga telah mengembara ke bahagian lain di Jepun dan membaca buku, menggunakan cerita menarik sebagai motif.
Khususnya, untuk ‘Ikoku,’ Saya menafsirkan cerita rakyat dengan cara saya sendiri.
Dalam sesi previu, saya bermain stage yang memfokuskan berlawan atas bot. Berapa banyak jenis stage yang boleh kita jangkakan dalam Kunitsu-Gami?

Yoshiaki Hirabayashi: Saya lebih suka untuk tidak memberikan butiran khusus tentang jumlah peringkat. Bagaimanapun, melengkapkan satu playthrough sepanjang game mungkin akan mengambil masa lebih 20 jam.
Jika anda berhasrat untuk menyelesaikan semua misi dan mendalami game sepenuhnya, anda dapat menikmatinya untuk tempoh yang agak lama.
Dari segi penduduk kampung, apakah inspirasi untuk pasukan semasa mencipta peranan sedia ada?

Shuichi Kawata: Idea asas adalah untuk menjadikan game “berasaskan peranan” dalam cara yang mudah difahami sebagai konsep biasa di seluruh dunia. Ini kerana kami percaya bahawa pengguna perlu memahami dengan cepat tentang “peranan profesion” ini dalam game.
Dengan kemudahan pemahaman itu dalam fikiran, kami telah memasukkan motif yang berkait rapat dengan visual khusus Jepun.
Berapa banyak peranan yang tersedia untuk keseluruhan game, adakah terdapat sebarang peranan rahsia yang boleh dibuka melalui quest?

Yoshiaki Hirabayashi: Saya tidak dapat memberikan jumlah tertentu, tetapi ada banyak lagi profesion unik yang ada. Setiap profesion tidak mempunyai kelebihan atau kekurangan yang jelas; sebaliknya, ia mempunyai kekuatan dan kelemahan bergantung pada situasi.
Saya berharap pemain akan mencari komposisi yang sesuai dengan setiap senario.”
Dari segi gameplay, kami mendapat pandangan yang mendalam tentang pertempuran dan strategi yang terlibat semasa meneroka dan menggunakan penduduk kampung. Apakah keseimbangan yang cuba dicapai oleh pasukan dan hasil yang ideal untuk dialami oleh pemain?

Shuichi Kawata: Gabungan menguruskan penduduk kampung dan aksi pemain (Soh) adalah elemen utama untuk strategi yang berjaya. Walaupun persediaan sebelum malam adalah penting, ia juga penting untuk sentiasa sedar tentang keadaan pertempuran yang sentiasa berubah dan persekitaran anda.
Pemain perlu membuat keputusan sama ada untuk menumpukan pada ofensif dan membiarkan sekutu mereka melindungi gadis-gadis kuil, atau mengambil peranan defensif untuk diri mereka sendiri.
Kitaran pemikiran strategik yang berterusan ini membolehkan pemain merasai pencapaian apabila mereka bertahan hidup pada malam itu bersama-sama – sambil membersihkan setiap stage, anda akan mendapati kerja berpasukan dengan penduduk kampung semakin menarik.
Tidak seperti game tower defense tipikal di mana pemain mempunyai pandangan top-down seluruh medan, dalam game ini mereka mesti mengikut watak utama untuk meletakkan penduduk kampung, yang mungkin akan menyekat pilihan posisi. Adakah terdapat sebarang rancangan untuk menguruskan limitasi ini?

Yoshiaki Hirabayashi: Dalam kes MAP yang lebih luas, menekan kekunci anak panah kanan untuk menukar kamera membolehkan anda melihat jarak yang lebih luas, menjadikannya lebih mudah untuk memahami keadaan keseluruhan.
Selain itu, walaupun anda ingin melihat kawasan yang lebih luas, pelarasan kamera boleh dibuat dengan OPTION.”
Adakah ada sebarang kandungan Post-Game atau New Game+?

Yoshiaki Hirabayashi: “Saya tidak dapat memberi jumlah yang tepat, tetapi kami telah menyertakan ciri untuk meningkatkan replayability.”
Adakah ada sebarang kemungkinan untuk projek crossover dengan game lain dari Capcom pada masa hadapan? (Contoh, skin daripada Monster Hunter atau Resident Evil, dan sebagainya.)

Yoshiaki Hirabayashi: Buat masa ini, saya tidak dapat memberikan jawapan. Bagaimanapun, kami sedang mempertimbangkan langkah-langkah yang semua orang akan berpuas hati.”
Maka, tamatlah interviu kami bersama Shuichi Kawata selaku Pengarah Game, dan Yoshiaki Hirabayashi selaku Produser. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menjawab semua soalan kami.
Kunitsu-Gami: Path of the Goddess akan dikeluarkan pada 19 Julai 2024, untuk Xbox Series X|S, Xbox One, Windows, PlayStation 5, PlayStation 4 dan Steam. Mereka yang melanggan Xbox Game Pass boleh memainkannya dari hari pertama keluaran. Untuk pre-order, anda boleh tekan SINI!
Anda juga boleh membaca previu kami di SINI untuk pandangan lebih mendalam tentang gameplay dan sebagainya!
@gamersantaimy
Discussion about this post