Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dihasilkan di Malaysia, Eximius: Seize the Frontline dilancarkan secara rasmi di Steam!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 23, 2021
in Artikel, Berita, PC, Real time strategy, Steam, Tempatan
0 0
0
Dihasilkan di Malaysia, Eximius: Seize the Frontline dilancarkan secara rasmi di Steam!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas 2 tahun di Steam Early Access, Ammobox Studios dari Malaysia akan melancarkan judul debutnya Eximius: Seize the Frontline secara rasmi! Dengan menggabungkan gameplay First-Person Shooter (FPS) taktikal dan ciri-ciri Real-time Strategy (RTS), game ini menampilkan pertarungan pasukan 5v5 kompetitif di mana pemain bertarung di persekitaran bandar pasca-apokalips. Berikut adalah rumusan rasmi dari halaman Steam mereka:

  • Main sebagai Commander (RTS); bina pangkalan, latih tentera dan seru abiliti sokongan untuk membantu sekutu anda di darat untuk mendapatkan tanah jajahan.
  • Main sebagai Officer (FPS); pimpin pasukan infantri anda ke dalam pertarungan dan tewaskan musuh dengan taktik atau kekuatan. Tangkap sumber untuk pasukan, tingkatkan senjata dan pakai “battlesuit” yang sesuai untuk peranan pertempuran anda.

Objektif permainan adalah untuk menang dengan mempunyai jumlah mata terbanyak. Sebagai alternatif, jika pasukan cukup kuat, anda boleh menghancurkan pangkalan musuh dan memenangi perlawanan dengan segera.

Disebabkan gameplay Eximius menumpukan pada pertarungan Team vs Team, setiap pasukan mempunyai pangkalan, sumber dan teknologi sendiri. Gunakan Commander untuk menyokong operasi pertempuran dengan melatih unit dan kenderaan infantri, bina pangkalan dan memanggil serangan udara atau abiliti sokongan. Selepas melatih infantri AI, pimpin mereka sebagai Officer; di mana pasukan akan bertarung secara bijak, dengan berlindung dan membantu anda menyerang dan bertahan.

Tentukan peranan anda dalam pertarungan dan beli senjata yang sesuai dengan gaya dan taktik pengguna kerana senjata dan peralatan tersebut akan menentukan peranan anda dalam pasukan. Respon kepada strategi musuh dengan senjata dan peralatan yang sesuai; sama ada dengan menggunakan kenderaan, sejumlah besar infantri atau taktik licik.

Apabila sumber dan teknologi bertambah, anda dapat membina unit yang lebih kuat seperti kenderaan berperisai, kapal perang dan tentera elit. Pasukan juga dapat memperoleh abiliti pasukan yang kuat ketika teknologi capai tahap baru. Puncak kekuatan pasukan adalah “battle-suit” legenda. Memakai battle-suit membolehkan pemain menggunakan kebolehan yang sangat kuat, meningkatkan statistik asas dan mampu menggerakkan barisan hadapan dengan lebih pantas. Setiap Officer mempunyai beberapa pilihan battle-suit, masing-masing dengan play style dan abiliti sendiri.

Untuk sesiapa yang berminat, Eximius: Seize the Frontline sudah dilancarkan pada 16 Mac lalu di pelantar Steam. Saya sudah sediakan pautan di bawah jika ada yang ingin memuat turun. Sebagai salah satu contoh untuk industri pembangunan video Malaysia yang semakin berkembang, saya pun turut bangga dengan pencapaian Ammobox Studios. Tahniah!

Muat turun di sini
Eximius: Seize the Frontline
Publisher: Ammobox Studios
Developer: Ammobox Studios
Release Date: 2021-03-16
Steam
Ammobox Studios dari Malaysia melancarkan Eximius: Seize the Frontline, yang menggabungkan gameplay First-Person Shooter (FPS) taktikal dan ciri-ciri Real-time Strategy (RTS). Game ini menampilkan pertarungan pasukan 5v5 kompetitif di mana pemain bertarung di persekitaran bandar pasca-apokalips.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ammobox studiosEximius: Seize the FrontlineMalaysiaPCsteam
Previous Post

Permainan Multiplayer Online Resident Evil Re:Verse membuka ujian beta terbuka April ini!

Next Post

Khabar Angin: Stor PS3, Vita dan PSP ditutup Sony

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Khabar Angin: Stor PS3, Vita dan PSP ditutup Sony

Khabar Angin: Stor PS3, Vita dan PSP ditutup Sony

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd