Untuk memperingati ulang tahun ke-20 Monster Hunter, siri aksi-RPG popular tersebut telah mengumumkan kolaborasi bersama francais Digimon untuk melancarkan “V-Pet Digimon COLOR Monster Hunter 20th Edition.”

Edisi khas ini hadir dalam pilihan rupa dan warna yang diinspirasikan daripada Monster Hunter, iaitu Rathalos dan Zinogre, masing-masing berharga 7,700 Yen (kira-kira RM219) tidak termasuk yuran lain.
Seperti saya kata tadi, kedua peranti ini bertemakan raksasa Rathalos dan Zinogre, membolehkan pemain menjaga pelbagai jenis raksasa yang semuanya digambarkan dalam gaya seni piksel.
Raksasa bayi boleh berevolusi menjadi Rathalos, Zinogre, Khezu, Rajang, Tigrex, Nargacuga, Mizutsune, dan banyak lagi, di mana cara-cara anda menjaga akan menentukan bagaimana raksasa-raksasa ini berkembang – sama seperti Digimon yang lain. Terdapat 36 raksasa secara keseluruhan, termasuk subspesies dan lain-lain.

Peranti ini serasi dengan Digimon Colour yang lain, jadi anda boleh menguji rakan Monster Hunter melawan Digimon ikonik dan lihat francais mana yang mempunyai makhluk yang lebih kuat.
Kedua-dua peranti Digimon Color Monster Hunter 20th Edition ini menampilkan skrin LCD berwarna, teknologi pencetak UV, bateri boleh cas semula di dalam, pengecasan melalui USB-C, dan latar belakang yang boleh diubah suai.


Peranti ini dijangka akan dilancarkan pada Februari 2025, dan pra-tempahan untuk V-Pet Digimon Color Monster Hunter 20th Edition kini tersedia di kedai dalam talian rasmi Premium Bandai. Namun, saat penulisan, peranti tersebut sudah habis dijual hanya beberapa jam selepas diumumkan.
Buat masa ini, belum ada pengumuman mengenai keluaran global untuk Digimon COLOR Monster Hunter 20th Edition.
@gamersantaimy
Discussion about this post