Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Digimon Adventure: Evolusi baru Omegamon Alter-S menyelamatkan dunia!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 27, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Digimon Adventure: Evolusi baru Omegamon Alter-S menyelamatkan dunia!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas 67 episod yang mengagumkan, anime reboot Digimon Adventure: akhirnya akan tamat. Dalam pertarungan terakhir, Taichi dan seluruh kanak-kanak Digi-Destined terpaksa berhadapan dengan ancaman baru iaitu Abbadomon Core. Berada di ambang kekalahan, sebuah evolusi baru telah diperkenalkan iaitu Omegamon Alter-S dalam episod terkini! Anda boleh melihat video di bawah untuk mendapat gambaran keseluruhan:

https://www.youtube.com/watch?v=DUc94HCzM5c

Omegamon Alter-S lahir dari gabungan antara BlitzGreymon dan CresGarurumon dan dianggap sebagai entiti yang berbeza dari Omegamon versi Royal Knights. Ia masih memiliki beberapa ciri ikonik seperti menggabungkan penampilan antara dua Digimon tetapi menurut anime, evolusi Omegamon Alter-S lebih kuat daripada Omegamon standard (laman web wiki menjelaskan bahawa kedua-dua Omegamon mempunyai tahap kekuatan yang sama). Dalam bentuk ini, ia sekarang mempunyai “Garuru Sword” di tangan kanannya, dan “Gray Cannon” di tangan kirinya. Selepas sesi pertarungan epik yang penuh dengan serangan bergaya dan animasi yang gempak, akhirnya evolusi ini terbukti cukup kuat untuk mengalahkan Abbadomon Core di mana mereka berjaya menyelamatkan dunia sebenar dan dunia digital.

오메가몬 Alter-S (r46 판) - 나무위키

Itu untuk Omegamon Alter-S, tetapi siapakah Abbadomon, antagonis terakhir dalam anime?

Abbadomon adalah gabungan antara Negamon (Giant) dan sejenis bola hitam pelik. Selepas bergabung, Negamon (Giant) juga berevolusi kepada Abbadomon Core, lantas membahagikan dirinya kepada dua Digimon berbeza. Menurut laman web wiki, Abbadomon Core adalah badan sebenar Abbadomon, di mana ia mengubah tangan kanannya menjadi tombak dan mengubah tangan kirinya menjadi senapang. Ia hanya mencari “nothingness“, dan akan menolak segala-galanya kecuali “nothingness“. Apabila semua sudah dihapuskan dan hilang, Abbadomon Core akan melenyapkan diri kerana puas hati setelah memenuhi misinya.

RelatedPosts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

Apa pendapat anda tentang pertarungan epik Omegamon Alter-S dan Abbadomon Core ? Adakah korang suka siri anime reboot Digimon Adventure:? Jom kongsikan pendapat di ruang komen! Untuk segala liputan kami tentang Digimon, sila tekan pautan ini.

Sumber – Wikimon 1, 2

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animedigimonDigimon AdventureOmegamon Alter-S
Previous Post

Review FIFA 22: Lebih realistik, lebih seronok, lebih padu!

Next Post

Predator Thronos Air – Kerusi gaming termahal di dunia berharga lebih dari RM 58 ribu!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Predator Thronos Air – Kerusi gaming termahal di dunia berharga lebih dari RM 58 ribu!

Predator Thronos Air - Kerusi gaming termahal di dunia berharga lebih dari RM 58 ribu!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd