Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Digimon Adventure: Devimon berubah ke NeoDevimon & Done Devimon~

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 9, 2020
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Tinjauan & analisis
0 0
0
Digimon Adventure: Devimon berubah ke NeoDevimon & Done Devimon~
Share on FacebookShare on Twitter

Siri baru Digimon Adventure kini berada di klimaks story arc utamanya ketika Taichi, Yamato, dan Takeru bertarung dengan Devimon di Dunia Digital, di manba episod terbaru menunjukkan penampilan baru untuk Digimon jahat tersebut. Dalam episod terkini, semua DigiDestined telah terasing di dunia nyata dan digital, dan hanya Taichi, Yamato, dan Takeru sahaja yang tinggal untuk menentang Devimon. Untuk memburukkan keadaan lagi, Devimon telah menghantar konconya untuk menyerang dunia manusia dan mengumpulkan data bagi menjadikan dirinya lebih kuat.

Walaupun Devimon sudah cukup kuat untuk menandingi kekuatan MetalGreymon dan WereGarurumon, Devilmon segera berubah kepada evolusi baru yang lebih kuat iaitu, NeoDevimon, ketika data dunia nyata disalurkan ke tubuhnya. Episod 23 bermula selepas istana Devimon dimusnahkan, dan keadaan menjadi lebih sukar bagi Taichi dan Yamato ketika pertempuran melawan Devimon bermula. Serangan Death Claw milik Devimon dengan mudah mencederakan kedua-dua MetalGreymon dan WereGarurumon.

Tetapi apabila Taichi dan Yamato berjaya mendapat kelebihan, pertarungan di Dunia Digital akhirnya memberi Devimon dengan lebih banyak kuasa, lantas mengubahnya kepada NeoDevimon. Bentuk ini tidak pernah dilihat dalam anime lama, dan merupakan naratif yang sangat berbeza dari pertarungan dalam siri asli.

NeoDevimon mempunyai akses ke serangan yang lebih kuat, dan hampir membunuh MetalGreymon dan WereGarurumon. Nasib baik, DigiDestined mendapat azam baru untuk menggabungkan kuasa tujuh Digivice masing-masing lalu berjaya mengalahkan NeoDevimon. Malangnya, ini bukan pengakhiran kerana Devimon menggunakan sejenis kristal gelap untuk membangkitkan evolusi baru!

https://twitter.com/Wikimon_news/status/1325311704880779266

Evolusi ini telah didedahkan dalam teaser, dan bernama Done Devimon atau Dan Devimon. Tidak banyak yang saya tahu tentang kekuatannya, jadi lebih bagus untuk kita tunggu episod akan datang. Apa pendapat anda tentang debut kedua-dua evolusi Devimon di Digimon Adventure? Jom kongsikan pendapat di ruang komen!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeDEVIMONDigimon AdventureNeoDevimon
Previous Post

Henshin! Beraksi dengan Kamen Rider: Memory of Heroez, ini review kami!

Next Post

Acer Malaysia menawarkan Diskaun sehingga 50% dalam Sales 11.11!!!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Acer Malaysia menawarkan Diskaun sehingga 50% dalam Sales 11.11!!!

Acer Malaysia menawarkan Diskaun sehingga 50% dalam Sales 11.11!!!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd