Diablo IV telah pun dilancarkan di Steam pada bulan lepas. Nampaknya anda boleh bermain game penuh entri baharu itu untuk masa terhad. Melalui Steam, game Diablo IV tersedia secara percuma untuk dimainkan bermula hari ini, 22 November sehinggalah 29 November 2023. Jadi kepada anda yang ingin mainkannya sebelum membelinya, bolehlah muat turun sekarang!

Alang-alang Steam Autumn Sale turut berlangsung, Diablo IV turut mendapat potongan harga sebanyak 40% untuk setiap edisi. Berikut adalah harga untuk setiap edisi di steam:
- Standard Edition — RM 192.00
- Digital Deluxe Edition — RM 246.00
- Ultimate Edition — RM 273.00

Tentang Diablo IV
Berlatarkan 50 tahun selepas peristiwa Diablo III: Reaper of Souls, Diablo IV bermula dengan seruan Lilith, yang kembali ke alam Sanctuary. Dunia kini dipenuhi dengan makhluk yang mengerikan, dan hanya orang yang paling berani dapat menentang ancaman ini.
Diablo IV menampilkan dunia ARPG luas, yang boleh diterokai oleh pemain sebagai mana-mana pilihan kelas mereka — Druid yang berubah bentuk, Rogue yang tangkas, Sorcerer yang berkuasa elemental, Barbarian yang kejam dan Necromancer yang licik. Tiada jalan tetap; pemain dapat memilih cara mereka mahu maju, sama ada fokus mengejar Lilith atau meneroka sudut setiap rantau, sambil membina kekuatan mereka.

Tanah Sanctuary penuh dengan pelbagai biom dan makhluk berbeza, di mana kemahiran pemain akan diuji ketika anda merentasi lima wilayah di lebih 120 dungeon dan berpuluh-puluh side-quest. Selepas melengkapkan jalan cerita utama, pemain boleh meneroka aktiviti end-game untuk meneruskan pengembaraan mereka dan berkembang lebih kuat dalam kuasa.
Baca segala berita kami tentang Diablo IV termasuk review dan interview di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post