Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Diablo IV ada diskaun sebanyak 25%, promosi mula 30 Ogos!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 29, 2023
in Artikel, Battle.net, Berita, PC, Promosi
0 0
0
Diablo IV ada diskaun sebanyak 25%, promosi mula 30 Ogos!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Blizzard Entertainment mengumumkan bahawa Diablo IV akan mula dijual pada diskaun 25% di Battle.net bermula esok, 30 Ogos hingga 6 September 1 pagi (GMT+8). Promosi ini hanya di Battle.net sahaja, jadi pastikan anda membuat pembelian di sana. Memandangkan Diablo IV dijual pada harga diskaun, sekarang adalah masa paling sesuai untuk pemain yang ingin menerokai Sanctuary.

Kredit: Blizzard

Selain itu, bermula dari 2 September 1 AM hingga 6 September 1 AM, Blizzard memberikan bonus tambahan untuk semua pemain! Khususnya, pemain akan diberi peningkatan 25% untuk memperoleh kedua-dua XP dan Gold. Ini merupakan berita bagus kerana bonus ini diaplikasikan untuk semua Seasonal Realm, Eternal Realm dan semua World Tier.

Bonus ini tidak datang selalu, jadi pemain sepatutnya mengambil peluang untuk level up watak mereka, dan memperoleh beberapa loot legendary!

Pada masa yang sama, pemain juga harus ingat untuk mencuba Season of the Maligant, naratif tambahan sebelum pelancaran Season of Blood yang diumumkan baru-baru ini, yang memperkenalkan watak baharu bernama Erys (disuarakan oleh Gemma Chan), seorang Vampire Hunter berpengalaman yang harus menentang ancaman jahat baru di Sanctuary.


Anda boleh membaca segala info tentang Season of the Maligant di SINI manakala kami menyediakan rumusan ringkas tentang Season of Blood di SINI.

Bagi sesiapa yang berminat, Diablo IV kini tersedia untuk PC, PS4, PS5, Xbox One dan Xbox Series X/S. Baca segala berita kami tentang game ini di SINI.

Lihat di sini
Diablo IV
Publisher: Blizzard Entertainment
Developer: Blizzard Entertainment
Release Date TBC
Microsoft Windows, PlayStation 4, Xbox One
Diablo IV adalah ARPG dungeon crawler yang dikembangkan oleh Blizzard Entertainment, sebagai ansuran keempat dalam siri Diablo. Permainan ini diumumkan di BlizzCon 2019 pada 1 November 2019 untuk PC, PlayStation 4, dan Xbox One.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Diablo IVpromosi
ShareTweetSend
Previous Post

Review iQOO Z7 Supernova Orange – Smartphone gaming serba boleh tapi nilai harga marhaen!

Next Post

ENDLESS Dungeon Dedahkan Hero Mixologist Baru, Fassie! Kenali Kebolehannya!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
ENDLESS Dungeon Dedahkan Hero Mixologist Baru, Fassie! Kenali Kebolehannya!

ENDLESS Dungeon Dedahkan Hero Mixologist Baru, Fassie! Kenali Kebolehannya!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd