Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Diablo Immortal S3 Battle Pass bermula esok bersama event ‘Wrathborne Invasion & Hungering Moon’

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 3, 2022
in Android, Artikel, Berita, iOS, MMO, Mobile, PC, RPG
0 0
0
Diablo Immortal S3 Battle Pass bermula esok bersama event ‘Wrathborne Invasion & Hungering Moon’
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Blizzard telah mengumumkan content update terbaru untuk Diablo Immortal termasuk S3 (Season 3) Battle Pass, acara harian Wrathborne Invasion, acara terhad Hungering Moon dan banyak lagi.

Berikut adalah rumusan lengkap:

Season 3 Battle Pass: Aspect of Justice

Battle Pass baharu bertema Aspect of Justice bakal tiba di Diablo Immortal Season 3. Akan bermula pada 4 Ogos, Battle Pass ini akan mengandungi 40 rank -penuh dengan cabaran dan ganjaran seperti Legendary Gem, Crest, Hilt dan banyak lagi.

Bagi pemain yang mencari ganjaran tambahan daripada Battle Pass, Blizzard menawarkan dua versi berbayar yang boleh mereka upgrade iaitu: Empowered Battle Pass dan Collector’s Empowered Battle Pass.

Empowered Battle Pass: mempunyai semua ganjaran rank daripada Battle Pass standard tetapi juga membuka laluan Empowered yang menyediakan ganjaran tambahan pada setiap rank. Selain itu, anda akan menerima kosmetik Aspect of Justice Weapon (dibuka pada rank 1) dan kosmetik Aspect of Justice Armor (dibuka pada rank 40).

Collector’s Empowered Battle Pass: memberi akses kepada semua ganjaran rank dan kosmetik daripada Empowered Battle Pass. Selain itu, Aspect of Justice Avatar Frame, kosmetik Portal dan boost sebanyak 10 rank, disediakan serta-merta selepas upgrade.

Acara harian Wrathborne Invasion

Para Wrathborne, dengan tentera mereka di belakang, telah mengepung Sanctuary. Pada setiap hari, pemain yang berani boleh bersatu untuk menghalau segerombolan syaitan elit. Jika para Wrathborne gagal dapatkan zon yang mereka serang, Gorgothra akan berusaha untuk menyelesaikan tugas itu sendiri di mana kita harus menentangnya.

Bagi pemain yang berjaya menghalang percubaan Wrathborne untuk menakluk zon, mereka akan dibayar dengan pelbagai jenis gear, di mana tiga damage dealer tertinggi akan menerima enam Enchanted Dust. Wrathborne Invasion hanya boleh disertai sekali sehari.

Acara masa terhad Hungering Moon

Dengan melengkapkan misi semasa acara Hungering Moon, ia akan memberi Moonslivers, yang boleh ditukar dengan Blessings. Selepas memperoleh tujuh Blessings, anda boleh menukarnya dengan ganjaran rawak. Tawarkan Blessing yang cukup kepada bulan dan ia akan memberikan ganjaran setimpal!


Untuk segala liputan kami tentang Diablo Immortal, sila tekan pautan ini.

Muat turun di sini
Diablo Immortal
Publisher: Blizzard Entertainment
Developer: Blizzard Entertainment
Release Date TBC
Android, iOS
Diablo Immortal adalah permainan ARPG hack dan slash dalam siri Diablo yang direka untuk online multiplayer pada peranti mudah alih. Dikembangkan oleh Blizzard dan NetEase, permainan ini diumumkan pada akhir 2018 dan akan dilancarkan di Android dan iOS.  
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: diablo immortalMobilePCSeason PassUpdate
Previous Post

Abang Long Fadil 3 tiba pada 8 September 2022 dengan membawa gabungan JOZAN!

Next Post

Fenomena Terastal memperkenalkan Tera Pokémon serba baru dalam Pokémon Scarlet & Violet!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Fenomena Terastal memperkenalkan Tera Pokémon serba baru dalam Pokémon Scarlet & Violet!

Fenomena Terastal memperkenalkan Tera Pokémon serba baru dalam Pokémon Scarlet & Violet!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd