Diablo Immortal telah dilancarkan pada 2 Jun di seluruh dunia kecuali negara-negara di Asia Tenggara yang bakal dikeluarkan pada 22 Jun 2022. Sebelum ini, Blizzard mengatakan bahawa kosmetik tidak mempunyai apa-apa kelebihan semasa bertarung. Namun baru-baru ini terdapat sekumpulan Youtuber yang cuba mengira berapa banyak kos untuk max upgrade “Legendary Gem” setiap watak dalam Diablo Immortal dan kiraannya hampir mencecah setengah juta.

Sejak game ini dilancarkan, Diablo Immortal telah menjadi kontroversi atas pelbagai sebab termasuk microtransaction. Walaupun pendekatan itu nampak agak biasa pada masa kini, Diablo Immortal mungkin telah mengambil langkah lebih jauh daripada yang dijangkakan oleh kebanyakan pemain.
Menurut pengiraan halaman YouTube Bellular News, sistem monetization game ini yang menaikkan level watak dari minimum kepada maksimum memakan banyak duit dan merupakan usaha yang sangat mahal. Dalam video terbaru Bellular News, Diablo Immortal membenarkan pemain membeli “Legendary Gem”. Ia merupakan salah satu daripada ciri yang menggunakan mata wang dalam game ini.
Buat masa sekarang, pemain Free-to-play tidak akan memperolehi “Legendary Gem” bertaraf tinggi kerana ianya hanya tersedia melalui beberapa pilihan monetization dalam game. Untuk memaksimumkan sepenuhnya watak secara efektif, pemain perlu mengeluarkan kos sebanyak $110,000 (anggaran RM 483,229.94).
Selain itu, mereka juga mengatakan bahawa untuk upgrade penuh dalam Diablo Immortal akan mengambil masa 10 tahun bagi pemain F2P. Pemain boleh mendapatkan Legendary Gem dengan membeli Legendary Crest tetapi ianya akan diberikan secara rawak.

Saya ingin mengingatkan anda yang Diablo Immortal telah dilancarkan seluruh dunia pada 2 Jun, namun untuk negara-negara di Asia Tenggara termasuk Malaysia akan dilancarkan pada 22 Jun 2022. Ianya akan tersedia di platform iOS, Android dan PC melalui Battle.net. Korang yang berminat nak main Diablo Immortal, dah bersedia ke untuk keluarkan duit bagi max upgrade watak atau korang yang jenis F2P? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.
Untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai Diablo Immortal, sila klik pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post