Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Diablo Immortal bakal datang dengan Zone baru, event khas Diablo IV, Kelas baru dan banyak lagi!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 19, 2023
in Action, Android, Artikel, Battle.net, Berita, iOS, Mobile, PC, RPG
0 0
0
Diablo Immortal bakal datang dengan Zone baru, event khas Diablo IV, Kelas baru dan banyak lagi!
Share on FacebookShare on Twitter

Diablo Immortal bakal meraikan ulang tahun pertamanya pada bulan Jun nanti dan memandangkan Diablo IV pun akan dilancarkan pada bulan yang sama, semua pemain diminta untuk bersiap sedia bagi sambutan meriah yang memperkenalkan pelbagai kandungan baharu!

A new challenger lurks in the shadows…

Read up on all the new content set to come to DI in the next two months.

Details: https://t.co/N5sR7T6GKY pic.twitter.com/8beP0Mxn3e

— Diablo Immortal (@DiabloImmortal) May 18, 2023

Secara khususnya, Diablo Immortal dilancarkan pada 2 Jun 2022 manakala Diablo IV pula akan dilancarkan pada 6 Jun 2023. Sempena itu, Blizzard mengadakan acara Diablo IV Launch Celebration x Diablo Immortal.

Acara ini akan bermula pada awal Jun dan terdiri daripada beberapa acara baharu termasuk ‘Merciless Monstrosity’. Saya tidak pasti apa yang perlu dibuat dalam acara ini tetapi Blizzard menjanjikan kosmetik bertemakan Diablo IV jika pemain berjaya menyelesaikan cabaran. Pada masa yang sama, Children of Lilith Battle Pass (battle pass seterusnya) akan menampilkan kosmetik bertemakan Lilith untuk diperolehi.

Kredit: Blizzard

Pengumuman itu juga mendedahkan rancangan Diablo Immortal pada bulan Jun dan Julai. Pada pertengahan Jun, bab seterusnya bagi Main Questline akan ditambah, bersama dengan zone baharu yang dikenali sebagai Ancients’ Cradle. Lokasi ini merupakan tanah air Zatham, dan dikenali sebagai sebuah pulau mistik oleh penduduk tempatan.

Update ini juga akan menambah acara Zone PVP baharu, side quest baharu, bounty baharu dan juga jenis musuh baharu.

Kredit: Blizzard

Pada bulan Julai, Diablo Immortal akan menambah kelas baharu yang pertama. Tidak banyak info didedahkan tetapi menurut Blizzard; “Kelas ini membawa tenaga baharu ke dunia Diablo dengan penampilannya dalam Immortal dan menggemari playstyle jarak tengah menggunakan jenis senjata klasik.” Ini adalah kelas baharu sejak 2014, jadi moga-moga ia menarik seperti yang peminat jangkakan.

Kredit: Blizzard

Untuk rumusan lengkap tentang update ini, anda boleh layari blogspot Diablo Immortal. Bagi sesiapa yang berminat, Diablo Immortal boleh dimuat turun sekarang di mobile dan PC.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: diablo immortalDiablo IVUpdate
ShareTweetSend
Previous Post

BABYMETAL membuat comeback & memberi mesej khas kepada peminat Malaysia (Interview Khas)

Next Post

NVIDIA umumkan RTX 4060 series, Harga bermula $299 (~RM 1360)!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
NVIDIA umumkan RTX 4060 series, Harga bermula $299 (~RM 1360)!

NVIDIA umumkan RTX 4060 series, Harga bermula $299 (~RM 1360)!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd