Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Devil May Cry: Peak of Combat – Global Beta akan mula bulan depan, khas di mobile!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 20, 2023
in Android, Artikel, Berita, Beta, iOS, Mobile
0 0
0
Devil May Cry: Peak of Combat – Global Beta akan mula bulan depan, khas di mobile!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas mengadakan beberapa ujian beta tertutup, kini semua orang mempunyai peluang untuk mencuba Devil May Cry: Peak of Combat, game mobile aksi 3D berdasarkan francais popular DMC. Diumumkan melalui halaman Facebook, Capcom dan NebulaJoy Games akan mengadakan Global Open Beta bagi Peak of Combat pada 6 Julai 2023.

Kredit: DMC: Peak of Combat

Ujian beta Peak of Combat akan dibuka kepada semua pemain tidak kira peranti iOS dan Android, dan memandangkan ini adalah Open Beta, sesiapa sahaja boleh mengambil bahagian tanpa perlu mendaftar atau melalui proses pendaftaran.

Bagi mereka yang tidak tahu, Devil May Cry: Peak of Combat ialah game mobile ‘free-to-play’ yang membolehkan korang bermain siri ikonik Devil May Cry secara ‘on-the-go.’

https://www.youtube.com/watch?v=2JbM7CGF3H0&ab_channel=DevilMayCry%3APeakofCombat

Dibangunkan oleh NebulaJoy aka Yunchang Game, game aksi 3D ini memperoleh cop rasmi oleh CAPCOM (pemilik francais DMC) dan menampilkan watak klasik dengan gaya pertempuran unik masing-masing. Untuk mengekalkan pengalaman teras, DMC: Peak of Combat tidak mengubah banyak mekanik pertempurannya, sebaliknya semua “dipermudahkan” untuk menepati versi mobile.

Francais ini terkenal dengan adegan aksi seronok di mana korang dapat bercampur aduk antara pertarungan darat dan udara bagi menewaskan musuh. Sama seperti original, Peak of Combat mengembalikan sistem kombo unik ini bersama grafik moden.

Kredit: DMC: Peak of Combat

Mengisahkan tentang Dante, seorang pemburu yang separuh manusia dan separuh syaitan, matlamatnya adalah untuk mengalahkan semua kuasa jahat yang mengancam bumi.

Selain Dante, anda juga boleh bermain sebagai Vergil, Nero dan Lady serta menggunakan senjata ikonik mereka untuk menewaskan musuh di mana pemain harus membentuk pasukan yang terdiri daripada tiga watak.

Kredit: DMC: Peak of Combat

Buat sesiapa yang tertarik, anda boleh pradaftar game ini melalui laman web rasmi di peranti iOS atau Android. Malangnya, tarikh keluaran untuk game ini masih belum diumumkan.

Baca segala berita kami tentang game ini di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: BETADevil May CryDevil May Cry: Peak of CombatMobile
ShareTweetSend
Previous Post

4 Game Roblox Yang Menyajikan Kandungan Tempatan!

Next Post

[Review] Sonic Origins Plus – Kembali rasa Nostalgia dengan bermain game klasik dalam konsol moden!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
[Review] Sonic Origins Plus – Kembali rasa Nostalgia dengan bermain game klasik dalam konsol moden!

[Review] Sonic Origins Plus - Kembali rasa Nostalgia dengan bermain game klasik dalam konsol moden!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd