Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Developer PUBG tukar genre, kini fokus buat game fantasy berdasarkan novel Korea

safwan by safwan
August 8, 2022
in Artikel, Berita, Game Baru
0 0
0
Developer PUBG tukar genre, kini fokus buat game fantasy berdasarkan novel Korea
Share on FacebookShare on Twitter

Krafton yang sebelum ini membangunkan game battle royale terkenal, PUBG baru sahaja mengumumkan yang mereka sedang membangunkan projek baharu berdasarkan novel fantasy Korea iaitu The Bird That Drinks Tears. Bersama dengan pengumuman itu, mereka juga melancarkan website rasmi bagi game itu dengan nama “Unannounced Project”.

Dalam website tersebut, Krafton menyatakan yang mereka sedang mencari pekerja baharu bagi menjayakan projek ini. Tambahan pula, mereka memberikan gambaran kepada semua yang melayari laman web tersebut dengan menyediakan cerita ringkas tentang novel dan inspirasi.

Kalau korang nak tahu, The Bird That Drinks Tears adalah novel fantasy yang ditulis oleh Lee Yeong-do dan dikeluarkan di laman web forum sahaja. Selepas selesai menulis keseluruhan cerita di forum itu, novel ini telah diterbitkan oleh Golden Bough. Ia merupakan novel yang paling terlaris di Korea dengan berjuta-juta salinan telah terjual.

Ia telah dikeluarkan sehingga empat buku kerana novelnya yang panjang. Buku-buku tersebut adalah “Book 1: Nhaga Who Extract Their Hearts“, “Book 2: Rekkon Who Pursue Their Desire“, “Book 3: Tokebi Who Play Their Fire” dan “Book 4: Humans Who Seek Their King“.

Berikut adalah sinopsis novel fantasy Korea The Bird That Drinks Tears :

Dalam dunia di mana empat kaum terpilih wujud dan dunia terbahagi kepada dua. Separuhnya adalah hutan di mana Nhaga tinggal, dan selebihnya didiami oleh Human, Tokebi, dan Rekkon. Sekumpulan tiga orang, terdiri daripada Human, Tokebi, dan Rekkon menyusup ke wilayah Nhaga untuk menyelamatkan Nhaga.

Pada awalnya ia telah diumumkan pada tahun 2021. Sejak itu, Krafton telah mula merekrut bakat dan artis konsep Hollywood iaitu Iain McCaig bagi menghidupkan watak dalam novel tersebut. Sebelum ini, Iain McCaig terkenal sebagai artis konsep bagi watak Star Wars, The Avengers, harry Potter dan Terminator.

Saya ingin memberitahu anda sekali lagi, game yang sedang dibangunkan oleh developer PUBG, Krafton adalah berdasarkan novel fantasy Korea The Bird That Drinks Tears dan masih di fasa awal pembangunan. Jika berminat, korang boleh singgah laman web rasmi mereka di sini.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: FantasyKRAFTONpubgThe Bird That Drinks Tears
Previous Post

One Piece: Buggy cipta Cross Guild, ahli termasuk Mihawk & Sir Crocodile

Next Post

My Hero Academia 362: Seorang Lagi Hero “Mati”, Peminat Mula Resah!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
My Hero Academia 362: Seorang Lagi Hero “Mati”, Peminat Mula Resah!

My Hero Academia 362: Seorang Lagi Hero "Mati", Peminat Mula Resah!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd