Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Developer Halo Mengulas Khabar Angin Mengenai Battle Royale untuk Halo Infinite

Suka hati je reka cerita!

Wakambing by Wakambing
April 23, 2019
in Artikel, Berita, PC, Xbox One
0 0
0
Developer Halo Mengulas Khabar Angin Mengenai Battle Royale untuk Halo Infinite
Share on FacebookShare on Twitter

Satu laporan dari orang dalam Xbox, Brad Sams mendakwa bahawa Halo Infinite akan mempunyai mode battle royale pada pelancarannya, walaupun dakwaan tersebut bercanggah dengan apa yang dikemukakan oleh 343 Industries sebelum-sebelum ini. Seperti yang disangka, komuniti Halo cepat memberikan reaksi mereka tentang khabar angin ini, dan seterusnya berita ini tersebar meluas pada minggu berikutnya menyebabkan 343 Industries tampil ke depan untuk memberikan maklum balas mengenainya.

Bercakap bagi pihak studio, pengarah pembagunan francais, Frank O’Conor, telah mengeluarkan respons yang menafikan tentang dakwaan yang mengatakan akan hadirnya mode Battle Royale untuk game tersebut, namun, ia boleh mempunyai sesuatu yang seakan-akan serupa dengannya.

“Kami tidak akan bercakap mengenai kandungan Halo Infinite sehinggalah kami betul-betul bersedia. Saya masih belum melihat video [Laporan Sam] jadi jika saya tersalah menafsirkan tajuk sebagai “Halo Infinite akan dilancarkan dengan/sebagai mode Halo untuk Battle Royale,” ianya juga bukan masalah.

Tambah beliau lagi:

“Kami TIDAK akan melakukannya waktu ini – dan tidak ada rancangan pun – tetapi Battle Royale boleh dibuat untuk mana-mana permainan Halo di MCC atau 5 dengan beberapa penambahan kandungan dan skrip, kerana ia adalah mod.”

Pelancaran mode untuk MP (Multiplayer) bukanlah 100% seperti yang ditetapkan dan boleh berubah pada saat-saat akhir proses – tapi Battle Rifle akan sentiasa berada di situ.

Seperti yang korang dapat lihat, respons O’Conor agak samar-samar. Pada permukaan, dia berkata tidak akan ada mode battle royale di Halo Infinite. Tetapi dia juga seolah-olah mencadangkan bahawa Halo Infinite tidak akan menjadi permainan battle royale sepenuhnya, tetapi ia boleh mempunyai beberapa mod dalam pantheon mod lain versi battle royale. Dia juga mencadangkan rancangan boleh berubah pada masa depan. Halo Infinite masih lagi berada dalam pembangunan untuk Xbox One, PC dan berkemungkinan untuk konsol Xbox next-gen.

Sumber: ResetERA

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DeveloperHaloHalo Infinitekhabar angin
Previous Post

FIFA 19 Update Version 1.13 sudah keluar!

Next Post

Doraemon: Story of Season dah Confirm hadir di Versi PC dan boleh didapati di Platform Steam!

Wakambing

Wakambing

Previously known as Hamster Goreng. Don't give up on your dreams, keep sleeping! #Mmmbbbekkkk

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Doraemon: Story of Season dah Confirm hadir di Versi PC dan boleh didapati di Platform Steam!

Doraemon: Story of Season dah Confirm hadir di Versi PC dan boleh didapati di Platform Steam!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd