Acer hari ini mengumumkan bahawa siri desktop Predator Orion 7000 (PO7-650) kini dapat menyokong pemproses 13th Gen Intel Core (sebelum ini hanya Intel Core 12th Gen), untuk memberikan kuasa tambahan dan meningkatkan lagi gameplay PC pengguna.

Khususnya, PC Windows 11 boleh dinaik taraf ini telah ditambah dengan pemproses sehingga Intel Core i9-13900K. Dengan seni bina hibrid baharu, pemproses 13th Gen Intel Core membolehkan para gamer dan content creator melakukan lebih banyak kerja sekali gus dengan pengkomputeran canggih dan keupayaan multi-tasking yang sangat cekap.
Selain itu, Orion 7000 menampilkan GPU NVIDIA sehingga RTX 3090 dan RAM sehingga 64 GB DDR5-4000, yang secara keseluruhan membantu memaksimumkan keperluan gaming, produktiviti, hiburan dan kreativiti, sambil menyediakan grafik mengasyikkan.
Bagi aspek penyejukan, desktop memiliki dua kipas hadapan Predator FrostBlade ™ 2.0 140 mm (5.5 inci) dan kipas belakang Predator FrostBlade ™ 2.0 120 mm (4.7 inci) serta aliran udara/pengurusan terma canggih untuk menyejukkan komponen sistem dengan berkesan.
Gabungan Intel Killer E3100 2.5G Ethernet controller dan Intel Wi-Fi Killer Wi-Fi 6E AX211 menyediakan ciri-ciri seperti keutamaan trafik semara melayari internet dan mengoptimumkan sambungan untuk kelajuan lebih pantas dan gameplay lebih responsif.

Memandangkan ini adalah desktop, Predator Orion 7000 mempunyai banyak port untuk memanfaatkan aksesori gaming termasuk 3x USB 3.2 Gen 1 Type A, 1x USB 3.2 Gen 1 Type C dan dua bicu audio di bahagian atas. Di bahagian belakang, terdapat 3x USB 3.2 Gen 2 Type-A, 1x USB 3.2 Gen 2×2 Type-C, 2x port USB 2.0 dan tiga bicu audio.
Akhir sekali, sesiapa yang membeli Predator Orion 7000 akan menerima Xbox Game Pass Ultimate secara percuma selama sebulan di mana korang dapat akses tanpa had kepada ratusan game berkualiti tinggi.
Buat masa ini, Predator Orion 7000 belum mempunyai tarikh pelancaran dan tanda harga rasmi di Malaysia. Jadi mereka yang berminat harus menunggu info lanjut daripada Acer.
@gamersantaimy
Discussion about this post