Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Demon Slayer -Kimetsu no Yaiba- Sweep the Board Akan Datang 25 April 2024!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 27, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Board Game, Nintendo Switch
0 0
0
Demon Slayer -Kimetsu no Yaiba- Sweep the Board Akan Datang 25 April 2024!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, SEGA dan Aniplex telah mengumumkan tarikh keluaran rasmi untuk Demon Slayer -Kimetsu no Yaiba- Sweep the Board, yang bakal datang ke Nintendo Switch pada 25 April 2024.

Bersama pengumuman itu, mereka turut mengeluarkan trailer istimewa dan pelbagai maklumat baru.

Secara am, game ini menyerupai permainan papan yang boleh dimainkan sehingga empat orang pemain secara lokal ataupun online. Watak yang boleh dimainkan dalam game ini termasuk Tanjiro Kamado, Zenitsu Agatsuma, Inosuke Hashibira, dan semua Hashira. Memandangkan Nezuko Kamado tidak dapat beraksi semasa siang hari, dia akan muncul sebagai watak sokongan yang akan membantu pemain. Watak lain dari Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba juga akan muncul dalam event dan bahagian lain.

Kredit: SEGA

Game ini mempunyai sistem siang dan malam, dan petak akan berubah berdasarkan masa. Pada siang hari, baling dadu untuk bergerak di atas papan, melakukan event dan mini-game sambil bersedia untuk waktu malam. Apabila waktu malam bermula, jadi Demon Slayer dengan memburu seberapa banyak demon yang muncul.

Papan Baharu

Kredit: SEGA
Kredit: SEGA

Lokasi terkenal dari anime Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba, seperti Gunung Fujikasane dan Asakusa, akan muncul dalam game! Board 2 berdasarkan Tsuzumi Mansion dan Gunung Natagumo, manakala Board 3 diilhamkan oleh Mugen Train.

Kredit: SEGA

Slayer’s Dice

Kredit: SEGA
Kredit: SEGA

Setiap Demon Slayer memiliki Slayer’s Dice tersendiri yang memberikan efek hebat kepada setiap ahli. Setelah digunakan, ia akan mengambil tiga pusingan sebelum boleh digunakan semula, jadi pastikan anda memilih masa yang sesuai untuk memaksimumkan kesannya. Jika seorang Demon Slayer menjadi rakan anda, anda akan dapat menggunakan Slayer’s Dice mereka selain dadu sendiri.

Kredit: SEGA
Kredit: SEGA

Pelbagai Mini-Game

Kredit: SEGA

Pemain akan mengambil bahagian dalam beberapa game mini, daripada 4 pemain free-for-all hingga pertempuran berpasukan 2 lawan 2. Berikut adalah game mini yang tersedia nanti:

  • Sneaky Sword Styling: Cuba buat gerigi secara rahsia pada Nichirin Sword Inosuke tanpa ditangkap oleh Kanamori!
  • Tanjiro’s Total Concentration Training: Bantu Tanjiro semasa dia menjalani latihan yang sengit, membantunya mencapai Total concentration!
  • Team Memory Matching: Pertempuran pasukan 2-on-2 di mana anda mesti bekerjasama untuk memadankan kad dengan gambar yang sama!
  • Knock ‘Em Out! Chanbara Swordplay: Bertukar pukulan dengan lawan anda dan cuba tolak mereka keluar dari zon!
Kredit: SEGA

Kunci Kemenangan ialah Mendapat Slayer Coins dan Rank Points (RP)!

Kredit: SEGA

Slayer Coins yang diperoleh semasa bermain Demon Slayer -Kimetsu no Yaiba- Sweep the Board boleh digunakan untuk membeli item daripada ‘merchant’ dan menggunakan ciri-ciri tertentu di tas papan. Gunakan Slayer Coins anda untuk memperoleh RP dengan cekap. Pemain dengan RP terbanyak pada penghujung permainan akan dikenali sebagai Demon-Slayer terkuat!

Kredit: SEGA

Dapatkan segala berita kami tentang francais Demon Slayer di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Demon SlayerDemon Slayer -Kimetsu no Yaiba- Sweep the Board
ShareTweetSend
Previous Post

KonoSuba Season 3 Akan Ditayang pada April 2024, Trailer Rasmi Didedahkan!

Next Post

Filem Baharu Detective Conan Dedahkan Trailer & Visual Utama!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Filem Baharu Detective Conan Dedahkan Trailer & Visual Utama!

Filem Baharu Detective Conan Dedahkan Trailer & Visual Utama!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd