Kami dapat pengesahan bahawa Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba akan menamatkan Hashira Training Arc dengan dua episod panjang lebih 30 minit!

Hashira Training Arc merupakan musim ke-4 dalam siri anime, dan menyaksikan Tanjiro Kamado berlatih dengan setiap ahli Hashira sebagai persediaan untuk pertarungan terakhir dengan Muzan Kibutsuji dan pasukan demon terkuatnya.
Memandangkan anime baru sahaja mengeluarkan episod ke-6 bagi musim baharu, kami turut mendapat berita bahawa ia akan menamatkan Hashira Training Arc pada hujung bulan ini dengan total 8 episod sahaja. Walaupun jumlah episod tidak banyak seperti musim pertama, durasi dua episod terakhir ini adalah lebih panjang daripada yang dijangkakan.

Demon Slayer: Hashira Training Arc Episod 7 diumumkan akan berlangsung selama 40 minit secara keseluruhan (termasuk rehat komersial), dan Episod 8 akan menamatkan semuanya dengan tempoh tayangan selama 60 minit.
Berikut adalah promo untuk penghujung Hashira Training Arc:
Rumusan Hashira Training Arc:
“Sejak mendapat tahu Nezuko Kamado kebal terhadap cahaya matahari, semua serangan demon telah dihentikan buat sementara. Demon Slayer Corps tahu Muzan Kibutsuji merancang untuk menangkapnya, dan sedang mempersiapkan rancangannya dalam diam. Sebelum tibanya hari itu, Kagaya memulakan latihan yang ketat untuk semua ahli Demon Slayer Corps, termasuk para Hashira. Di sini, Tanjiro pun turut serta dalam latihan tersebut untuk memperbaiki dirinya sambil belajar tentang latar belakang setiap Hashira.”

@gamersantaimy
Discussion about this post