Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Demo Scarlet Nexus kini boleh download di semua platform utama

safwan by safwan
April 18, 2022
in Artikel, Berita, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Demo Scarlet Nexus kini boleh download di semua platform utama
Share on FacebookShare on Twitter

Bandai Namco Entertainment Asia telah mengumumkan “Story Demo” percuma untuk Scarlet Nexus yang korang boleh download mulai hari ini di semua platform utama. Versi demo ini juga membolehkan pemain menikmati semua ciri bahagian awal daripada game itu dan menikmati sehingga akhir Fasa 2 game penuh.

Selain itu, save data turut disediakan kepada pemain yang bermain “Story Demo” dan boleh dibawa ke versi penuh. Jadi, pemain boleh sambung game dalam versi penuh tanpa membuang sebarang kemajuan dalam demo. Pemain juga akan menerima bonus dalam game utama apabila save data “Story Demo” dikesan. Berikut adalah bonus yang korang boleh dapatkan melalui demo:

  • Bunny Ear Mask (Kepala) [Putih]
  • OSF Standard Issue Pack [Hitam]
  • Forcefield: Mk II (Plug-in)
  • Power Enhance: Mk II (Plug-in)

Berikut adalah sinopsis berkenaan Scarlet Nexus:

Scarlet Nexus kebanyakannya berlangsung di New Himuka. Pemain akan mengawal dua watak – Yuito Sumeragi dan Kasane Randall, di mana kedua-duanya merupakan anggota Other Suppression Force (OSF) dan mempunyai keperibadian yang sangat berbeza. Yuito adalah rekrut OSF yang muda, cerdas dan positif.

Dia adalah anak kedua dalam keluarga Sumeragi, sebuah keluarga berprestij yang nenek moyangnya adalah pengasas kepada New Himuka. Ketika masih kecil, dia hampir dibunuh oleh seekor Other tetapi diselamatkan oleh OSF, lantas memberi inspirasi kepadanya untuk mempertahankan kota.

Kedua-dua protagonis, Yuito Sumeragi dan Kasane Randall, boleh dimainkan dalam “Story Demo” yang merangkumi gameplay penuh aksi, cutscene anime yang mempamerkan cerita hebat dan “bonding episode” serta penerokaan dunia yang luas.

Selain itu, Bandai Namco Entertainment juga berbesar hati untuk mengumumkan bahawa Scarlet Nexus telah menghantar dan menjual lebih daripada 1 juta unit di seluruh dunia. Mereka juga berkata bahawa jumlah pemain termasuk peminat setia Scarlet Nexus pada Xbox Game Pass / PC Game Pass, juga telah melebihi 2 juta. Untuk meraikan kejayaan ini, mereka mendedahkan ilustrasi baharu oleh artis konsep Cik Tamami Ishikawa.

Jadi, kepada yang berminat untuk bermain “Story Demo” Scarlet Nexus, korang boleh download sekarang. Untuk lebih banyak berita menarik tentang Scarlet Nexus, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Scarlet Nexus
Previous Post

CRIMESIGHT kini tersedia secara rasmi di STEAM! Siapa musuh sebenar anda?

Next Post

Interview Guilty Gear – Memahami asal usul francais bersama para pencipta

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Interview Guilty Gear – Memahami asal usul francais bersama para pencipta

Interview Guilty Gear - Memahami asal usul francais bersama para pencipta

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd