Bandai Namco mengumumkan bahawa SD Gundam Battle Alliance kini boleh dimainkan secara percuma melalui demo di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S dan Switch. Malangnya, mereka tidak menyediakan demo di PC.

Dalam demo SD Gundam Battle Alliance, anda boleh bermain sehingga tamatnya “Directory 1 Mission: Tekkadan.” Data yang disimpan semasa bermain demo akan di bawa ke dalam game penuh. Jadi, anda tidak perlu risau tentang progress yang telah dibuat. Tapi apa salahnya kalau bermula dari awal semula kan.

Seperti biasa, versi demo game ini tidak menyediakan segala ciri-ciri yang berada dalam SD Gundam Battle Alliance versi penuh. Jadi, anda tidak akan dapat mencuba semua ciri-ciri. Tetapi mereka menyediakan mode Multiplayer di mana pemain PS4 boleh bermain bersama PS5 dan begitu juga kepada pemain Xbox. Malangnya, mode Multiplayer yang disediakan tidak menyokong “cross-platform.”
Selain itu, mereka juga mengeluarkan DLC Unit & Scenario Pack pertama iaitu “Legend & Succession.” Dalam DLC ini, ia akan memberikan anda 2 mobile suit baru yang boleh dimainkan dan misi senario tambahan. Mobile Suit tersebut adalah Gundam AGE-FX yang dipandu oleh Kio Asuno dan Narrative Gundam C-Pack yang dipandu oleh Jona Basta. Manakala untuk misi senario tambahan pula adalah “The Cursed Treasure” dan Destination of the Legend.”

Bukan setakat itu sahaja, anda juga boleh membuat pre-order untuk mendapatkan bonus tambahan. Menurut Bandai Namco, berikut adalah senarai bonus yang akan diberikan:
- SD Gundam World Sangoku Soketsuden Pack – Liu Bei Unicorn Gundam, Cao Cao Wing Gundam dan Sun Jian Gundam Astray. Pemain boleh mengawal unit ini secara sendiri atau sebagai rakan sekutu.
- MS Research Support: Start Dash Pack & Unit “Gundam” – Terima “Expansion Part” dan “Capital Ticket”, yang memberikan kelebihan kepada pemain pada awal permainan. Di samping itu, unit “Gundam” akan dibuka dan boleh digunakan dalam awal permainan.
- Unit Knight Gundam – Terima unit “Knight Gundam” yang muncul dalam “Musha, Knight and Command: SD Gundam Scramble” untuk guna di awal permainan.
- Unit Musha Gundam – Terima unit “Musha Gundam” yang muncul dalam “Musha, Knight and Command: SD Gundam Scramble” untuk guna di awal permainan.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa demo SD Gundam Battle Alliance boleh dimainkan secara percuma bermula 22 Julai 2022 di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S dan Nintendo Switch. Walaupun demo tidak didatangkan ke PC, game ini masih boleh didapatkan di PC melalui PC. SD Gundam Battle Alliance dijadualkan akan lancar pada 25 Ogos 2022.
Untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai SD Gundam, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post