Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Demo percuma Cyberpunk 2077 tersedia sekarang di PS5 & Xbox Series X

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 17, 2022
in Artikel, Berita, Demo, Open World, PS5, Xbox Series X|S
0 0
0
Demo percuma Cyberpunk 2077 tersedia sekarang di PS5 & Xbox Series X
Share on FacebookShare on Twitter

Sudah lebih setahun sejak CD Projekt Red mengeluarkan Cyberpunk 2077, game yang pada mulanya digembar-gemburkan sebagai salah satu RPG open-world paling hebat dalam sejarah gaming. Malangnya, ia terlibat dalam kontroversi besar kerana dipenuhi dengan isu teknikal di kedua-dua konsol dan PC serta kurang memenuhi jangkaan orang ramai. Walaupun begitu, CD Projekt Red akhirnya telah melancarkan update next-gen Cyberpunk 2077 di mana pemilik PS5 dan Xbox Series X dapat mencuba demo percuma untuk lihat jika masalah ini akhirnya dibetulkan atau tidak.

Patch 1.5 is coming soon to PC, Stadia, and consoles!

It brings various improvements to the game, numerous quest and gameplay fixes, as well as a number of free DLCs. On top of that, it contains the next-gen update PlayStation 5 and Xbox Series S/X!https://t.co/qnNgifGJZy pic.twitter.com/swLOUNTIcD

— Cyberpunk 2077 (@CyberpunkGame) February 15, 2022

Menurut laman web rasmi CDPR, mereka mendedahkan bahawa demo percuma Cyberpunk 2077 akan memberikan peluang kepada pemilik PS5 dan Xbox Series X untuk mencuba game dari permulaan dalam tempoh masa terhad lima jam. Tawaran ini akan tamat pada 16 Mac.

“Setelah memuat turun dan install demo percuma, anda dapat memulakan game Cyberpunk 2077. Sebaik sahaja mencapai 5 jam masa bermain, demo percuma akan tamat dan anda boleh memilih untuk membeli game penuh, atau meneruskan kehidupan seperti sebelum ini! Jika membeli game penuh, ‘save progress’ daripada demo akan diteruskan, jadi anda boleh meneruskan pengembaraan di Night City dari tempat anda berhenti.”

kata CDPR.

Check out the #Cyberpunk2077 performance overview on the Next-Gen consoles: pic.twitter.com/8o1MbIUICX

— Cyberpunk 2077 (@CyberpunkGame) February 16, 2022

CDPR juga mengakui kewujudan “speedrunner” yang kemungkinan besar dapat menamatkan keseluruhan Cyberpunk 2077 dalam jangka masa 5 jam jika mereka tahu apa yang perlu dilakukan . Walaupun begitu, demo ini tidak akan menghalang pemain daripada mengakses kandungan tertentu seperti yang dilakukan oleh demo lain. Jadi, jika anda boleh menamatkan Cyberpunk 2077 sepenuhnya dalam masa lima jam, itu tidak menjadi masalah.

Sekali lagi saya ingatkan, demo Cyberpunk 2077 ini hanya boleh diakses untuk pemilik PS5 dan Xbox Series X sahaja. Walau bagaimanapun, korang juga boleh mendapatkan game ini di PS4, Xbox One dan PC.

Muat turun di sini
Cyberpunk 2077
Publisher: CD Projekt
Developer: CD Projekt Red
Release Date: 2020-12-10
Microsoft Windows, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S
Cyberpunk 2077 adalah permainan video permainan peranan 2020 yang dikembangkan dan diterbitkan oleh CD Projekt. Cerita ini berlaku di Night City, dunia terbuka yang terletak di alam semesta Cyberpunk.  
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Cyberpunk 2077DemoPercumaps5Xbox Series X
Previous Post

Manga Jujutsu Kaisen kena sensor di Malaysia, kes AOT terjadi sekali lagi

Next Post

Spesifikasi PC Elden Ring didedahkan, minimum pun 12GB RAM

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Spesifikasi PC Elden Ring didedahkan, minimum pun 12GB RAM

Spesifikasi PC Elden Ring didedahkan, minimum pun 12GB RAM

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd