Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Demo Octopath Traveler 2 kini tersedia di Switch, PS5, PS4 – semua watak boleh cuba!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 9, 2023
in Artikel, Berita, Demo, JPRG, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Steam
0 0
0
Demo Octopath Traveler 2 kini tersedia di Switch, PS5, PS4 – semua watak boleh cuba!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Square Enix dan Acquire membuat pengumuman bahawa demo ‘Prologue’ percuma untuk JRPG “Octopath Traveler 2” kini tersedia untuk muat turun di PlayStation 5, PlayStation 4 dan Switch. Demo versi PC akan dilancarkan melalui Steam pada keesokan hari.

Demo itu membolehkan pemain memilih mana-mana daripada 8 protagonis yang disediakan di Octopath Traveler 2 dan bermain selama tiga jam. Save data daripada demo itu kemudian boleh dibawa ke game rasmi apabila ia dilancarkan.

Kisah ini berlaku di Solistia, sebuah tanah yang terdiri daripada benua timur dan barat yang dibahagikan oleh laut.

Ini adalah era yang sibuk, di mana kapal besar berlayar di laluan laut dan kuasa wap melahirkan teknologi baharu.

Sesetengah orang teruja dengan bintang glamor di atas pentas dan industri, manakala yang lain menangis kerana peperangan, wabak, dan kemiskinan.

Di alam yang jauh ini, lapan pengembara dari kawasan berbeza menerokai atas sebab mereka sendiri. Alami kisah mereka mereka dan terokai tanah serta menggunakan bakat unik mereka untuk membantu sepanjang perjalanan anda.

Bagi mereka yang tidak tahu, Octopath Traveler 2 JRPG yang dibangunkan oleh Square Enix dan Acquire. Ia merupakan sekuel kepada Octopath Traveler (2018), dan entri ketiga dalam siri ini selepas game mobile (prekuel) Octopath Traveler: Champions of the Continent (2020). Antara ciri dan elemen gameplay di dalam game termasuk:

  • Break & Boost Battle System
    • Pemain mesti bertindak secara strategik untuk mengeksploitasi kelemahan musuh untuk “Break” mereka supaya dapat menimbulkan lebih banyak damage, dan “Boost” abiliti watak.
  • Path Action
    • Pemain boleh berinteraksi dengan NPC di seluruh dunia dalam pelbagai cara dengan menggunakan tindakan yang unik untuk setiap watak, seperti mencabar orang sebagai Warrior atau mencuri harta benda sebagai Thief. Path Action adalah berbeza-beza bergantung pada protagonis dan sama ada siang atau malam.
  • Kisah dan Watak Baharu
    • Pemain boleh memulakan pengembaraan hebat di tanah baharu Solistia dan mengalami kisah lapan pengembara baharu: Hikari (Warrior), Agnea (Dancer), Partitio (Merchant), Osvald (Scholar), Throné (Thief), Temenos (Cleric), Ochette (Hunter), dan Castti (Apothecary).
  • Perubahan Siang / Malam
    • Pemandangan bandar dan Path Action untuk setiap watak akan berubah bergantung pada sama ada malam atau siang, untuk mewujudkan lebih banyak peluang penerokaan dan penemuan unik.
  • Latent Power
    • Elemen pertempuran baharu di mana watak-watak boleh menggunakan abiliti yang kuat sebaik sahaja ‘ability gauge’ penuh semasa pertempuran.
  • Crossed Paths
    • Cerita tambahan akan terungkap antara protagonis semasa perjalanan mereka, lalu menjalin naratif mereka.

Octopath Traveler 2 akan keluar untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Switch dan PC melalui Steam pada 24 Februari. Untuk membaca segala liputan kami tentang francais game ini, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Demonintendo switchOctopath Traveler 2PS4ps5
Previous Post

Disney Umumkan Filem Sekuel Baharu Untuk Frozen, Toy Story dan Zootopia!

Next Post

We Love Katamari REROLL+ Royal Reverie bakal dilancarkan pada 1 Jun 2023!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Next Post
We Love Katamari REROLL+ Royal Reverie bakal dilancarkan pada 1 Jun 2023!

We Love Katamari REROLL+ Royal Reverie bakal dilancarkan pada 1 Jun 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd