Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Demo HUNTER×HUNTER NEN×IMPACT Kini Tersedia di PC, Demo PS5 Bakal Menyusul

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 30, 2025
in Anime, Artikel, Berita, Demo, Fighting, PC, PS5, Steam
0 0
0
Demo HUNTER×HUNTER NEN×IMPACT Kini Tersedia di PC, Demo PS5 Bakal Menyusul
Share on FacebookShare on Twitter

Bushiroad Games bersama pembangun Eighting telah melancarkan demo untuk fighting game yang dinanti-nantikan ramai, HUNTER×HUNTER NEN×IMPACT, di PC melalui Steam hari ini. Menurut pengumuman rasmi, demo untuk versi PlayStation 5 akan hadir kemudian pada tarikh yang akan diumumkan.

2D対戦格闘ゲーム「HUNTER×HUNTER NEN×IMPACT」の無料体験版をSteamにて公開いたしました!

気になる方はぜひプレイしてみてください👊https://t.co/3Zigl6JeP5#HxHNI

— HUNTER×HUNTER NEN×IMPACT 公式 (@hunterNI_games) May 30, 2025

Demo Demo HUNTER×HUNTER NEN×IMPACT membolehkan pemain merasai sendiri aksi pertarungan dalam gaya 2.5D dengan enam watak ikonik yang boleh dimainkan: Gon, Killua, Leorio, Kurapika, Hisoka, dan Netero.

Pemain boleh mencuba mod Battle dan Training yang disediakan, sambil menikmati pengalaman pertarungan 3v3 tag-team yang penuh aksi dan pantas.

HUNTER×HUNTER NEN×IMPACT diadaptasi daripada siri anime dan manga ikonik karya Yoshihiro Togashi, dan akan dilancarkan pada 17 Julai 2025 di PlayStation 5, Nintendo Switch, dan PC melalui Steam.

Game ini akan menampilkan 16 watak yang boleh dimainkan, termasuk watak kegemaran peminat lain seperti Netero, Chrollo, dan Meruem, dengan watak tambahan seperti Neferpitou bakal hadir sebagai DLC selepas pelancaran.

Pemain boleh menikmati mod local dan online multiplayer, dengan pelbagai mekanik menarik seperti rush combo, assist attack, dan Nen Art, iaitu gerakan khas yang dipacu oleh Aura Gauge.

Selain itu, game ini turut menawarkan pelbagai mod seperti Story Mode yang menghidupkan kembali adegan ikonik daripada HunterxHunter, serta Single Mode dengan cabaran seperti Sky Arena dan Combo Trial. Pemain juga boleh mengumpul barangan koleksi seperti G.I. Card, Title, dan Profile Icon.

Pertarungan dalam online mode membolehkan pemain bersaing untuk rank point atau mempertaruhkan G.I. Card. Sokongan rollback netcode disediakan untuk memastikan pengalaman online yang lebih lancar, meskipun tiada sokongan cross-platform disediakan buat masa ini.

Peminat yang berminat sudah boleh memuat turun demo PC melalui Steam sekarang untuk mula mengasah kemahiran watak-watak kegemaran mereka sebelum pelancaran penuh pada bulan Julai nanti.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: HUNTER×HUNTER NEN×IMPACT
ShareTweetSend
Previous Post

The Seven Deadly Sins: Origin Akan Tiba di Mobile, PS5 & PC Tahun Ini

Next Post

FRONT MISSION 3: Remake Bakal Keluar Di Nintendo Switch Pada 26 Jun

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Gaming Phone Terbaik Bawah RM2000 di Malaysia untuk 2025
Smartphone

Gaming Phone Terbaik Bawah RM2000 di Malaysia untuk 2025

May 30, 2025
Bravely Default: Flying Fairy HD Remaster – Info Baharu Tentang Dunia, Mini-Game, Kelas & Banyak Lagi
Remastered

Bravely Default: Flying Fairy HD Remaster – Info Baharu Tentang Dunia, Mini-Game, Kelas & Banyak Lagi

May 30, 2025
FRONT MISSION 3: Remake Bakal Keluar Di Nintendo Switch Pada 26 Jun
Remake

FRONT MISSION 3: Remake Bakal Keluar Di Nintendo Switch Pada 26 Jun

May 30, 2025
Next Post
FRONT MISSION 3: Remake Bakal Keluar Di Nintendo Switch Pada 26 Jun

FRONT MISSION 3: Remake Bakal Keluar Di Nintendo Switch Pada 26 Jun

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd