Kadang-kadang bila kita tengok trailer game mesti nampak best dan buatkan kita ingin mencubanya dahulu sebelum membelinya. Kebanyakan pembangun pasti menyediakan build demo di pelbagai platform untuk pemain mencuba game mereka. Dari situ juga mereka dapat menambah baik game sebelum ia dilancarkan secara rasmi. Baru-baru ini, demo untuk game PS5 juga sudah tersedia di PS Store.

Anda kini boleh melayarinya melalui sistem konsol ataupun daripada browser. Anda juga boleh mencari game demo tersebut menggunakan komputer dan tablet untuk mendapatkan ciri penapisan lain.

Terdapat lebih daripada 30 game demo PS5 yang tersedia sekarang ini. Pemain konsol PS5 bolehlah mencari game mengikut kriteria yang tersedia seperti harga, tajuk game dan macam-macam lagi. Berikut adalah senarai game demo yang anda boleh cuba di konsol.
- Doraemon Story of Seasons: Friends of the Great Kingdom
- Dynasty Warriors 9 Empires
- Valkyrie Elysium
- JoJo’s Bizarre Adeventure: All-Star Battle R
- Resident Evil Village Gold Edition
- Stranger of Paradise Final Fantasy Origin
- SD Gundam Battle Alliance
- Scarlet Nexus
- Lost Judgment
- Metal: Hellsinger
- Destroy All Humans 2! – Reprobed

Itu baru untuk PS5, memandangkan game PS4 juga boleh dimainkan di konsol tersebut, sudah tentu anda juga boleh muat turun demo game PS4. Kalau dicampurkan sekali dengan game demo PS4, terdapat hampir 230 demo yang boleh dimainkan.
Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game PlayStation, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post