Setelah banyak khabar angin mengenai demo game yang dinanti-nantikan ramai, Final Fantasy VII Rebirth, akhirnya dapat juga pengesahan mengenainya melalui dashboard PlayStation 5. Kalau anda ingin tahu, terdapat trailer demo FFVII Rebirth yang telah ditayangkan melalui dashboard PS5 yang sekali gus mendedahkan tarikh demo game itu. Dalam trailer tersebut, demo Final Fantasi VII Rebirth bakal tersedia pada 7 Februari ini!

Kami syak trailer tersebut akan dimainkan semasa State of Play yang akan ditayangkan pada esok pagi. Memandangkan trailer ini sendiri sudah tersedia melalui dashboard konsol, nampaknya ia bukan lagi satu kejutan. Walaupun begitu kami pasti ramai yang tidak sabar untuk bermainnya nanti. Lebih-lebih lagi dapat berlawan bersama Sephiroth dalam demo itu. Anda juga akan dapat meneroka dunia baharu game itu!
Berikut adalah penerangan trailer tersebut:
“Alami kuasa pilihan! Demo Final Fantasy VII Rebirth telah keluar sekarang, membolehkan anda melangkah sebagai Cloud atau Sephiroth semasa episod Nibelheim. Buka bab pembukaan cerita game dan terokai peta dunia. Pengembaraan anda, pilihan anda!”

Nantikan livestream State of Play Final Fantasy VII Rebirth yang akan bersiaran pada 7:30 pagi, 7 Februari 2024. Game ini akan dilancarkan pada 29 Februari 2024 secara eksklusif di PS5.
Untuk mendapatkan segala liputan mengenai Final Fantasy VII Rebirth daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post