Square Enix hari ini mengumumkan keluaran demo percuma untuk spinoff Dragon Quest Treasures, game memburu harta karun RPG baharu, di Nintendo Switch.
Dalam demo ini, sebahagian dari permulaan cerita sehingga Erik dan Mia secara aktif memulakan pencarian harta karun boleh dimainkan. Jika tamat demo, jangan risau kerana save data daripada demo itu boleh dibawa ke game penuh – membolehkan pemain meneruskan perjalanan memburu harta karun tanpa perlu mengulang semula daripada awal.

Bukan itu sahaja, korang juga boleh masukkan kod hadiah dan rekrut raksasa istimewa seperti “Yuji” dan “Pekotte”. Kod hadiah ini diedarkan di “Square Enix Asia Portal” dan Facebook “Square Enix Asia“.
Sinopsis:
Erik dan adiknya Mia tinggal di kapal Viking dan hari-hari mengimpikan untuk meneroka dunia demi mencari harta karun.
Suatu malam mereka bertemu dengan sepasang makhluk daripada dunia lain bernama Porcus dan Purrsula, dan dibawa pergi ke tempat misteri yang dikenali sebagai Draconia—tanah legenda yang penuh dengan khazanah.
Pengembaraan yang selalu diimpikan oleh Erik dan Mia akhirnya bermula!

Dalam dunia Draconia yang luas, terdapat banyak lokasi untuk diterokai dan banyak harta karun menarik untuk dicari di mana Erik dan Mia. Namun tidak semua mudah untuk dicapai. Di sini, mereka harus berkawan dan merekrut pelbagai jenis raksasa comel.
Dengan memanfaatkan penglihatan ajaib dan kebolehan memburu harta karun milik raksasa-raksasa ini, duo hero kita dapat meneroka di padang yang luas dengan pantas, memanjat tebing dengan hanya satu loncatan dan terbang di atas jurang yang dalam untuk mencari pelbagai harta karun walaupun di tempat yang paling berbahaya!
Maka, mula lah pengembaraan Erik dan Mia untuk mencari harta karun legenda Draconia!

Buat sesiapa yang berminat, Dragon Quest Treasures kini boleh didapati di Nintendo Switch manakala demo-nya boleh dimuat turun melalui Nintendo eShop.
@gamersantaimy
Discussion about this post