Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Death Stranding Sah Mendapat Adaptasi Filem Oleh Kojima Productions & Hammerstone Studios!

Maira by Maira
December 16, 2022
in Artikel, Berita, Filem, Game
0 0
0
Death Stranding Sah Mendapat Adaptasi Filem Oleh Kojima Productions & Hammerstone Studios!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru sahaja pengumuman mengenai sekuel game Death Stranding, Kojima Productions buat satu lagi kejutan! Dikhabarkan bahawa mereka sedang menghasilkan adaptasi filem untuk Death Stranding bersama Alex Lebovici daripada Hammerstone Studios. Jom kami ceritakan lebih lanjut kepada anda.

Filem Death Stranding

Melalui Deadline, filem tersebut akan dibiayai sepenuhnya oleh Hammerstone Studios. Ia juga akan dihasilkan sendiri oleh Kojima dan Lebovici. Kojima Productions US dan Allan Unger pula akan menjadi produser eksekutif.

Berkenaan plotnya, masih tiada maklumat yang didedahkan. Tetapi mungkin filem tersebut akan membawa kita melihat elemen baru yang tidak pernah ditunjukkan dalam game. Kami pasti anda juga tertanya-tanya jika pelakon seperti Norman Reedus dan Mads Mikkelsen akan turut serta dalam filem ini. Nampaknya kenalah tunggu pengumuman lanjut mengenainya.

Filem Death Stranding

Rasanya adaptasi filem Death Stranding ini antara projek terbesar yang pernah diacah oleh Kojima. Dia juga menyatakan bahawa dia sangat teruja untuk bekerjasama dengan Hammerstone Studios untuk membawa Death Stranding ke layar perak.

Lebovici turut menyatakan keterujaannya dalam menghasilkan filem adaptasi ini bersama Kojima. Tambahnya lagi, adaptasi ini berbeza daripada adaptasi video game lain dan ia akan membawa sudut baru untuk filem adaptasi. Filem itu juga dinyatakan sebagai filem autentik Hideo Kojima.

Death Stranding pertama kali menjumpai peminat pada 2019 dan kini ia tersedia di pelbagai platform seperti konsol PlayStation dan juga PC melalui Steam, Epic Games Store dan PC Game Pass. Untuk mendapatkan liputan lain mengenainya, anda boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Alex Lebovicideath strandingFilem Death StrandingHammerstone Studioshideo kojimaKojima Productions
Previous Post

Pengedar game PC ‘2Game.com’ diperoleh oleh syarikat hiburan besar GCL – Meluaskan pasaran gaming Asia!

Next Post

Kaiju No 8 sah keluar tahun 2024, visual anime didedahkan!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Kaiju No 8 sah keluar tahun 2024, visual anime didedahkan!

Kaiju No 8 sah keluar tahun 2024, visual anime didedahkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd