Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Death Stranding Mendapat Filem Adaptasi Live Action oleh A24 & Kojima Productions!

Maira by Maira
December 15, 2023
in Artikel, Berita, Filem, Game, Movie/siri
0 0
0
Death Stranding Mendapat Filem Adaptasi Live Action oleh A24 & Kojima Productions!

Sumber: Kojima Productions, Hideo Kojima

Share on FacebookShare on Twitter

Kalau anda mengikuti Hideo Kojima, anda pasti tahu bahawa designer game ini mempunyai minat mendalam dalam perfileman selain daripada membuat game. Ramai juga peminat Kojima Productions yang membuat spekulasi mengenai filem adaptasi Death Stranding sejak beberapa tahun ini. Nampaknya ia bukan lagi spekulasi kerana Hideo Kojima sendiri mengumumkan bahawa filem live action Death Stranding bakal dihasilkan bersama studio A24! Kalau anda ingin tahu, studio tersebut telah membina nama mereka dengan filem hebat seperti Everything Everywhere All At Once, Talk to Me, Midsommar dan banyak lagi!

A24 and DEATH STRANDING will be made into a live-action movie🎬📷🫶

“A24 was born into this world about 10 years ago, their presence is singular within the industry, they are like no other. The films they are delivering to the world are high in quality and very innovative. I… pic.twitter.com/4CiO8F1HUF

— HIDEO_KOJIMA (@HIDEO_KOJIMA_EN) December 14, 2023

Menurut Kojjima, filem live action Death Stranding ini akan meneroka lebih mendalam terhadap misteri yang menyelubungi kejadian “Death Stranding”, yang merupakan perantaraan hidup dan mati serta raksasa-raksasa mengerikan yang muncul di dunia yang hampir musnah itu.

“A24 dilahirkan ke dunia ini kira-kira 10 tahun yang lalu, kehadiran mereka adalah tunggal dalam industri, mereka tidak seperti yang lain.

Sumber: Kojima Productions

Filem yang mereka sampaikan kepada dunia adalah berkualiti tinggi dan sangat inovatif. Saya telah tertarik dengan ciptaan mereka malah mereka telah mengilhamkan karya saya sendiri. Pendekatan inovatif mereka untuk bercerita sejajar dengan apa yang telah Kojima Productions lakukan selama 8 tahun yang lalu.

Kini, kami sedang membuat filem Death Stranding bersama-sama. Terdapat banyak ‘filem adaptasi game’ di luar sana, tetapi apa yang kami cipta bukan sekadar terjemahan langsung game itu. Hasratnya ialah penonton kami bukan sahaja menjadi peminat game, tetapi filem kami adalah untuk sesiapa sahaja yang menggemari pawagam. Kami sedang mencipta universe Death Stranding yang tidak pernah dilihat sebelum ini, yang hanya boleh dicapai melalui medium filem, ia akan dilahirkan.”

Sumber: Kojima Productions

Game Death Stranding sahaja sudah seperti filem sebenar, tetapi dengan adanya adaptasi filem ini, tidak sabar pula untuk tonton benda lain yang belum diterokai melalui game. Siapalah yang akan terlibat dalam filem ini nanti? Adakah pelakon yang sama terlibat dalam game, atau kita akan diperkenalkan dengna watak baharu? Nampaknya kena tunggu pengumuman lanjut daripada Kojima pada masa akan datang.

Untuk mendapatkan berita lain mengenai filem daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: A24death strandingKojima Productions
ShareTweetSend
Previous Post

Unicorn Overlord – Rakan-Rakan Baru & Cara Eratkan Hubungan!

Next Post

GTA: The Trilogy – Definitive Edition Kini Tersedia di Mobile iOS & Android, Free Untuk Pelanggan Netflix

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
GTA: The Trilogy – Definitive Edition Kini Tersedia di Mobile iOS & Android, Free Untuk Pelanggan Netflix

GTA: The Trilogy – Definitive Edition Kini Tersedia di Mobile iOS & Android, Free Untuk Pelanggan Netflix

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd