Memandangkan Dead Island 2 akan keluar tidak lama lagi, pihak pemaju Dambuster Studios membuat keputusan untuk mendedahkan ‘PC Spec’ supaya pemain PC boleh bersiap sedia. Secara sekilas pandang, spesifikasinya nampak intensif pada tetapan tinggi, tetapi mereka telah menyenaraikan empat preset bermula daripada Minimum hingga ke Ultra supaya korang semua boleh membuat perbandingan.

Buat mereka yang tidak tahu, Dead Island 2 ialah judul ARPG yang dibangunkan oleh Dambuster Studios dan diterbitkan oleh Deep Silver.
Berlangsung 10 tahun selepas kejadian Dead Island pertama, kerajaan Amerika Syarikat meletakkan negeri California dalam kuarantin untuk membendung ancaman zombie, tetap malangnya, masalah yang lebih serius mula timbul. Dalam Dead Island 2, pemain harus menerokai runtuhan Los Angeles yang dipenuhi zombie sebagai salah satu daripada enam watak yang dipanggil Slayers, masing-masing dengan abiliti unik sendiri untuk dicuba.

Berikut adalah PC Spec untuk Dead Island 2:
Minimum – 1080p/30 FPS
- OS: Windows 10
- CPU: AMD FX-9590 atau Intel Core i7 7700HQ
- Memory: 10GB
- GPU: AMD Radeon RX 480 atau GeForce GTX 1060
- Storage – 70GB
Recommended – 1080p/60 FPS
- OS: Windows 10
- CPU: AMD Ryzen 5 5600X atau Intel Core i9 9900K
- Memory: 16GB
- GPU: AMD Radeon RX 6600 XT or GeForce RTX 2070 Super
- Storage – 70GB
High – 1440p/60 FPS
- OS: Windows 10
- CPU: AMD Ryzen 7 7700X atau Intel Core i5 12600KF
- Memory: 16GB
- GPU: AMD Radeon RX 6750 XT or GeForce RTX 3070
- Storage – 70GB
Ultra – 4K/60 FPS
- OS: Windows 10
- CPU: AMD Ryzen 9 7900X atau Intel Core i7 13700K
- Memory: 16GB
- GPU: AMD Radeon RX 6950 XT or GeForce RTX 3090
- Storage – 70GB

Dead Island 2 akan dilancarkan pada 21 April untuk PC, PS4, PS5, Xbox One dan Xbox Series X/S. Baca segala liputan kami tentang Dead Island 2 di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post