Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dead Island 2 ditunda sekali lagi, kini akan keluar 28 April 2023

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 17, 2022
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Epic Store, Open World, PC, PS4, PS5, Seram, Shooter, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Dead Island 2 ditunda sekali lagi, kini akan keluar 28 April 2023
Share on FacebookShare on Twitter

Penerbit Deep Silver dan pemaju Dambuster Studios terpaksa menunda Dead Island 2 sekali lagi daripada tarikh keluaran  3 Februari 2023 kepada 28 April 2023. Bagi platform, tidak ada apa yang berubah di mana game ini akan tersedia untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One, PC. melalui Epic Games Store.

Dapatkan mesej penuh daripada Deep Silver tentang isu penangguhan tersebut:.

Kami mempunyai sejumlah berita penting untuk dikongsi, jadi mari tarik “plaster” itu terus. Kami menangguhkan Dead Island 2—tarikh keluaran baharu ialah 28 April 2023.

Ironi menangguhkan Dead Island 2 bukan asing kepada kami, dan kami sama kecewa seperti anda. Kelewatan 12 minggu ini amat singkat sahaja dan pembangunan berada di peringkat terakhir sekarang; kami akan meluangkan masa yang diperlukan untuk memastikan boleh melancarkan game yang kami banggakan.

Bagi anda yang telah menunggu selama bertahun-tahun, terima kasih kerana bertahan bersama kami.

Sementara itu, kami akan mengeluarkan trailer dan gameplay menarik di The Dead Island 2 Showcase, yang akan ditayangkan pada 6 Disember di halaman Twitch dan YouTube kami, serta di laman web Dead Island.

Sinopsis:

Sebuah virus maut sedang merebak ke seluruh Los Angeles, dan mengubah penduduknya menjadi zombie yang mendahagakan daging manusia. Bandar ini dikuarantin dan tentera telah berundur.

Digigit, dijangkiti, tetapi kebal, anda belajar memanfaatkan kuasa zombie yang mengalir dalam badan. Hanya anda, dan segelintir orang lain yang kebetulan tahan terhadap patogen tersebut, dapat menentukan masa depan Los Angeles (dan umat manusia).

Sekali lagi saya ingatkan, Dead Island 2 akan keluar untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One, dan PC melalui Epic Games Store pada 28 April 2023 serta tersedia untuk prapesan sekarang.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Dead Island 2Tunda
Previous Post

Blizzard tamatkan kontrak dengan NetEase selepas 14 tahun, China rugi besar!

Next Post

Manga Tokyo Revengers Rasmi Tamat Dengan 278 Bab! Ketahui Penamat Untuk Watak!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Manga Tokyo Revengers Rasmi Tamat Dengan 278 Bab! Ketahui Penamat Untuk Watak!

Manga Tokyo Revengers Rasmi Tamat Dengan 278 Bab! Ketahui Penamat Untuk Watak!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd