Dead by Daylight selalu berikan diskaun dan percuma dimainkan pada hujung minggu di Steam dan kini permainan itu tersedia secara percuma untuk semua pengguna Epic Games Store. Anda perlulah menuntut Dead By Daylight sebelum 11 Disember 2021. Permainan slasher asymmetrical 4v1 ini mepunyai beberapa DLC berbayar yang menampilkan survivor dan killer baru termasuk bab terbaru iaitu “Portrait of a murder.”

Ia sebuah permainan yang menyeronokkan dan sangat sesuai dimainkan bersama rakan-rakan. Selain itu. ia juga menampilkan beberapa watak terkenal dari filem seram seperti, Freddy Krueger, Pyramidhead, Pinhead dan Michael Myers. Demogorgon juga ada dalam permainan tersebut tetapi anda tidak boleh membeli DLCnya kerana kandungan Stranger Things telah dialih keluar dari senarai DLC berbayar. Anda masih boleh berjumpa dengannya jika anda bermain dengan pemain lain yang memiliki DLC tersebut.

Pada awal permainan, anda boleh memilih dari lima killer tersenarai dan anda boleh membuka killer lain dengan menggunakan mata wang lain dalam permainan. Setiap survivor dan killer mempunyai kebolehan mereka tersendiri malah anda juga boleh menyesuaikan kebolehan tersebut menggunakan perk yang tersedia. Perk tersebut boleh didapatkan dengan membuka bloodweb dalam permainan.
Jika anda mempunyai Dead by Daylight di akaun STEAM, anda boleh masukkan kod khas untuk mendapatkan 150 ribu bloodpoint dalam akaun anda. Kodnya adalah DECIPHERSTRIKE.

Jadi, jika anda meminati permainan seperti Predator: Hunting Grounds dan Friday the 13th, memang berbaloi untuk anda mencuba Dead by Daylight pula kerana ia juga mempunyai gaya permainan yang hampir serupa tetapi dengan “twist”nya yang tersendiri. Alang-alang Dead by Daylight percuma di Epic Games Store, bolehlah anda bermain dengan kawan hujung minggu ini! Ada custom lobby untuk anda bermain secara bebas bersama-sama. Untuk segala liputan mengenai game percuma, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post