Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dead by Daylight Mobile membuka pra-pendaftaran di Malaysia

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 10, 2022
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Seram
0 0
0
Dead by Daylight Mobile membuka pra-pendaftaran di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas beberapa ujian beta di negara-negara lain, Dead by Daylight Mobile secara rasminya membuka pra-pendaftaran di Malaysia, menurut Twitter Netease Games. Untuk membuat pra-pendaftaran, korang boleh pergi ke laman web rasmi di SINI.

https://twitter.com/NetEaseGames_EN/status/1501769815509323778

Buat masa ini, korang hanya boleh membuat pra-pendaftaran melalui e-mel atau Facebook dan sama seperti mana-mana game mobile, “lebih ramai yang pra-daftar Dead by Daylight Mobile, lebih banyak ganjaran yang korang boleh perolehi”. Dengan matlamat sehingga 1 juta pra-pendaftaran, berikut adalah antara ganjaran yang kita boleh dapat secara in-game:

  • 100,000: 10,000 Bloodpoint, 1,000 Iridescent Shard
  • 200,000: 20,000 Bloodpoint, 2,000 Iridescent Shard
  • 300,000: 30,000 Bloodpoint, 1 Sinister Stone
  • 500,000: 40,000 Bloodpoint, 3,000 Iridescent Shard
  • 700,000: 50,000 Bloodpoint, 3 Sinister Stone
  • 1,000,000: 4,000 Iridescent Shard, 6 Sinister Stone

Bukan itu sahaja, NetEase juga mengadakan cabutan bertuah yang menjanjikan kad hadiah, iPhone 13, Nintendo Switch atau iPad Air. Langkah-langkah pun mudah, jadi jangan lupa untuk cuba.

Bagi mereka yang tidak tahu tentang Dead by Daylight Mobile, ini adalah game mudah alih berdasarkan judul dengan nama yang sama. Dilabel sebagai “4v1 asymmetrical multiplayer horror game”; seorang pemain akan memainkan peranan sebagai Killer yang kejam dan empat lagi pemain harus bermain sebagai Survivor.

Matlamat nak menang pun sangat mudah. Sebagai Killer, matlamat korang adalah untuk mengorbankan seramai mungkin Survivor. Sebagai Survivor, matlamat korang adalah untuk melarikan diri dan mengelak daripada ditangkap dan dibunuh.

Buat masa ini, NetEase tidak memberi kata putus tentang bila Dead by Daylight Mobile akan dilancarkan di Malaysia, tetapi saya berharap dalam masa terdekat lah.

Untuk segala liputan kami tentang Dead by Daylight, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: dead by daylightDead by Daylight Mobile
Previous Post

Returnal boleh main secara co-op, update baru akan tiba 22 Mac

Next Post

Dead by Daylight percuma dimainkan minggu ini! Banyak diskaun juga ditawarkan untuk DLC!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Dead by Daylight Percuma

Dead by Daylight percuma dimainkan minggu ini! Banyak diskaun juga ditawarkan untuk DLC!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd