Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[DCFD 2021] Filem The Flash menampilkan treler pertama! Flash jumpa Batman lama!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 17, 2021
in Acara, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
[DCFD 2021] Filem The Flash menampilkan treler pertama! Flash jumpa Batman lama!
0
SHARES
862
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Treler terbaru filem The Flash milik Warner Bros. dan DC telah didedahkan hari ini dan menunjukkan wira kita pecut ke dimensi baru! Anda boleh tonton treler di bawah untuk gambaran lebih jelas tentang filem The Flash:

https://www.youtube.com/watch?v=JK-F2rsNeIk

Filem The Flash adalah berdasarkan jalan cerita Flashpoint oleh DC Comics. Dalam komik, Barry Allen terbangun di DC Universe yang sangat berbeza. Superman nampaknya tidak wujud. Warga Atlantis (Aquaman) berperang dengan penduduk Themyscira (Wonder Woman. Di bandar Gotham, Bruce Wayne dibunuh di depan ibubapa, dan ayahnya, Thomas Wayne, menjadi Batman sebagai gantinya. Barry adalah satu-satunya orang yang mengingati apa yang sebenarnya berlaku, di mana dia terpaksa melalui antara realiti untuk membetulkan apa yang berlaku.

The Flash (2022) - IMDb

Walaupun Ezra Miller disahkan akan berlakon sebagai Barry Allen dalam DC Extended Universe pada tahun 2014, dan kemudian membuat debut pertama di Batman V Superman: Dawn of Justice pada tahun 2016, filem solonya telah mengalami beberapa masalah. Sepanjang proses produksi awal, filem The Flash telah menukar ganti penulis dan pengarah beberapa kali, tetapi akhirnya memilih Andy Muschietti sebagai pengarah dan Christina Hodson sebagai penulis skrip.

Sejak itu, proses pembikinan telah berjalan dengan lancar dan mereka pun membuat beberapa pengumuman mengejutkan seperti membawa masuk Michael Keaton sebagai Batman semula (beliau berlakon sebagai Batman pada filem tahun 1989).

Selain Keaton, Ben Affleck akan memegang peranan sebagai Batman versi DCEU dalam filem, manakala Sasha Calle akan memulai debutnya sebagai Supergirl. Bersama barisan pelakon ini adalah:

  • Kiersey Clemons yang kembali sebagai Iris West dari Justice League (Zack Snyder)
  • Ron Livingston sebagai Henry Barry (ayah Flash)
  • Maribel Verdú sebagai Nora Barry (ibu Flash)
The Flash movie set photos reveal Michael Keaton's Batman's Wayne Manor |  Entertainment News,The Indian Express
Michael Keaton sebagai Batman (1989)

Memang ramai yang tidak sabar untuk menonton filem The Flash, lagi-lagi apabila mendapat tahu bahawa Keaton akan kembali menjadi Batman selepas lebih dari 30 tahun. Tetapi buat masa ini, kita hanya mampu menunggu sehingga mereka mengumumkan maklumat lanjut.

Untuk segala liputan kami tentang DC FanDome 2021 (DCFD 2021), sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: batmanDC FanDomefilemThe Flash
Previous Post

[DCFD 2021] Game Suicide Squad: Kill The Justice League menjelaskan isi kandungan jalan cerita!

Next Post

[DCFD 2021] Gotham Knights dedahkan trailer kisah Court of Owls!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
[DCFD 2021] Gotham Knights dedahkan trailer kisah Court of Owls!

[DCFD 2021] Gotham Knights dedahkan trailer kisah Court of Owls!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd