Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Datuk Dari Cina Dah Habiskan Sehingga 300 Game!

Gila-gila atuk ni weh!

Amir Haziq by Amir Haziq
March 10, 2021
in Artikel, Berita, Genre, PS4
0 0
0
Datuk Dari Cina Dah Habiskan Sehingga 300 Game!
Share on FacebookShare on Twitter

Seorang datuk dari Cina menjadikan bermain permainan video sebagai hobinya telah berjaya memainkan sebanyak 300 permainan video. Yang Binglin, 86 tahun diperkenalkan kepada media permainan video oleh cucu-cucunya untuk bermain PlayStation dan sehingga kini beliau masih terus bermain permainan video tersebut. Menurutnya, permainan video dijadikan sebagai hobi lain kehidupan sehariannya dan beliau menikmati saat bermain samada secara sendiri atau bersama dengan ahli keluarganya.

Walaupun industri permainan video makin berkembang, masih terdapat segilintir yang berpendapat bahawa permainan viideo hanya kanak-kanak dan orang muda sahaja. Namun, permainan video telah membuktikan bahawa ia mampu menjadi media hiburan yang boleh dinikmati bersama tidak kira peringkat umur individu tersebut.

Menurut video tersebut, Yang Binglin pernah bekerja sebagai seorang jurutera yang sangat meminati teknologi. Yang pada mulanya bermain permainan puzzle bersama cucu lelakinya dan seterusnya diperkenalkan dengan permainan video terutamanya bergenre survival dan beliau menyatakan permainan video genre horror adalah tema pilihan kegemaran  beliau.

Yang menyatakan sendiri tentang keseronokkan beliau selama hampir dua dekad bermain permainan video. Beliau menjadikan rutin hariannya selain bermain ping-pong pada waktu pagi, beliau  juga memasukkan bermain permainan video salah satu dari rutinnya pada waktu petang setiap hari. Bagi beliau, bermain permainan video memberinya banyak inspirasi yang boleh beliau terapkan dalam kehidupan sehariannya. Beliau selalunya akan membuat catatan setelah berjaya menyelesaikan misi bagi sesebuah permainan  daan turut menulis beberapa ulasan yang panjang permainan tersebut, salah satunya God of War 3.

Hobi Yang disokong sepenuhnya oleh keluarganya yang melihatnya sebagaai sesuatu aktiviti yang sihat untuknya. Cucu perempuannya mula berkongsi video Yang bermain permainannya di online pada tahun 2018 dan telah menarik lebih dari 200 ribu pengikut di media sosial negara Cina. Yang turut memberikan beberapa nasihat untuk pemain muda supaya menikmati permain video tetapi dalam masa yang sama turut bijak mengatur masa harian mereka dengan betul.

Di akhir video tersebut, Yang menyatakan bahawa beliau  merancang untuk terus bermain permainan video selagi beliau mampu kerana aktiviti ini adalah sesuatu yang sangat beliau nikmati. Bukan takat datok ini, ada nenek juga kaki gamers sebelum ini kami pernah kongsikan, usha di sini meh.

Sumber dari: GAMERANT

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: #HardcoreGamersgamerHorrorplaystationYang Binglin
Previous Post

Diskaun sehingga 80% dengan “Essential Picks Sale” PlayStation Store!

Next Post

Apex Legends kini tersedia di Nintendo Switch

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Next Post
Apex Legends kini tersedia di Nintendo Switch

Apex Legends kini tersedia di Nintendo Switch

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd